Inilah rupa kek lapis yg dah siap..., sedap tau..., gebu je...(hehe perasan..., tapi memang betul, resepi ni mak saya guna utk buat semua jenis kek lapis masa arwah mak meniaga kek lapis dulu..., try la, tapi masa pukul telur dan gula mesti pukul hingga naik gebu warna putih dgn kelajuan yg tinggi, dan kalau boleh pakai mixer yg bersaiz besar supaya adunan naik putih gebu....
Selalu kalau nak buat kek ni, aku pakai oven sarawak mak punya, tapi kali ni aku pakai oven kat rumah je dan aku pakai api yg atas sahaja dan buatkan kepanasannya maksimum lebih kurang 220-240 C dan setiap lapisan akan masak dlm 3-4 minit sahaja.
Bahan-bahan :
Telur - Merah 16 biji, putih 7 biji sahaja
Gula Caster 200 gm
Ovalette 1 sudu besar
Tepung Hong Kong 280 gm
Horlicks 1 sudu besar
Butter 2 ketul - hilangkan sejuk drp peti ais dan dikacau dgn tangan sebentar sahaja dgn 2 sudu susu pekat manis
Cara Membuat :
1. telur + gula + ovalette - dipukul hingga kembang dan putih
2. adunan atas tadi di campur tepung hong kong dan horlicks
3. masukkan butter dan dikacau sebentar.
4. Adunan telah tersedia untuk diwarnakan dan dibakar selapis-selapis.
5. Untuk membuat 2 warna, bahagikan dua dan diwarnakan mengikut warna kesukaan.
6. Untuk membakar, adalah elok kalau menggunakan oven sarawak, sebab proses membakar adalah lebih cepat.
7. Boleh juga ditambah dengan buah asam keping untuk memberi rasa yang masam.
8. Untuk lapisan 2 terakhir, boleh gunakan api atas bawah semula dan kurangkan suhu kepada 170C.
No comments:
Post a Comment