Sunday, 30 June 2013

Makaroni Goreng


Dah lama masaknya..., tapi malasnya nak update blog....

Masak simple, macam buat mee goreng. Tapi kalau dapat kat Aman..., sedap sungguh bagi dia...

Bahan-bahan :

Cili mesin, bawang merah + bawang putih kisar, udang, kicap dan sos tiram...

Bahan sayur : tauge dan daun sup..

Cara :

Rebuskan makaroni hingga empuk, lebih kurang 6 minit
Tumis bahan mesin hingga wangi, masukkan udang, sos tiram dan kacaiu sebentar.
Masukkan makaroni dan tauge. Masak hingga rata dan sesuaikan rasa...



No comments:

Post a Comment