(10 pinggan)
Bahan-bahan Untuk Kuah:
5 ekor ikan Selayang direbus dgn garam dan asam keping
1 biji bawanag besar
3 ulas bawang putih
1/2 in halia
1 sudu kecil lada hitam
1/2 kg santan
2 keping asam jawa
Cara-cara :
Ikan dikopek isi + bawang + halia + lada hitam dimesin halus.
+ santan + asam keping dan dimasak dgn api sederhana hingga masak.
Perisakan dgn gula dan garam.
Bahan-bahan untuk Laksam
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air
garam
Bancuhkan dan kukus 3 senduk kecil (anggaran) dlm tudung periuk yg disapu sedikit minyak.
Kukus dalam 1-2 minit.
Angkat dan biarkan 2 minit baru digulung.
Bahan-bahan ulam
Timun, Kacang Panjang, Tauge, Daun Kesom dan Bunga Kantan
Sambal belacan - 3 biji cili merah + 10 biji cili padi + gula + garam + sedikit belacan.
sedapnya. bila la saya ada minat nak masak laksam ni.. x reti sugguh...
ReplyDeleteterima kasih atas resepi. nak beli di kedai sepinggan sikit jer...
ReplyDelete