iklan

Lauterbrunnen

Friday 14 October 2011

Kek Lapis Sarawak




Ibu saya menggunakan resepi ini dan dipelbagaikan corak dan lapisan mengikut kesukaan...
Boleh digunakan untuk membuat kek lapis gulung dan juga yang lapis biasa sahaja.
Resepi asasnya adalah seperti di bawah

Telur - Merah 16 biji, putih 7 biji sahaja
Gula Caster 200 gm
Ovalette 1 sudu besar
Tepung Hong Kong 280 gm
Horlicks 1 sudu besar
Butter 2 ketul - hilangkan sejuk drp peti ais dan dikacau dgn tangan sebentar sahaja dgn 2 sudu susu pekat manis

Cara Membuat :

1. telur + gula + ovalette - dipukul hingga kembang dan putih
2. adunan atas tadi di campur tepung hong kong dan horlicks
3. masukkan butter dan dikacau sebentar.
4. Adunan telah tersedia untuk diwarnakan dan dibakar selapis-selapis.
5. Untuk membuat 2 warna, bahagikan dua dan diwarnakan mengikut warna kesukaan.
6. Untuk membakar, adalah elok kalau menggunakan oven sarawak, sebab proses membakar adalah lebih cepat.
7. Boleh juga ditambah dengan buah asam keping untuk memberi rasa yang masam.

Adunan yang dibahagikan dua dan diwarnakan.


Proses membakar - guna api atas.

Lapisan atas yg dah kuning.

Tambahkan lapisan baru - 5 sudu utk satu lapisan (ikut besar loyang dan ketebalan yg disukai)


Proses meratakan adunan.


Dah rata, bakar lagi. Proses diulang sehingga adunan habis.


Ada 14 lapisan semua. Yg hitam2 tu adalah buah prune yg dipotong kecil.


No comments:

Post a Comment