Hari ini masak santai lagi, main campak2 pastu tunggu 2 jam..., tapi hasilnya..., mmmmm sungguh menyelerakan terutama anak aku, Luqman...
Kadang2 asyik makan makanan bersantan pun muak juga...
Bahan-bahan :
200- 300 gm daging dipotong nipis
1 sudu cili mesin
5 - 6 biji cili padi
2 biji cili merah
1 seketul kecil belacan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 sudu teh kunyit serbuk
1/2 in halia
1 keping asam keping
Cara membuat :
Semua bahan diblender halus.
Panaskan periuk dan masukkan bahan blender, masak sampai mendidih dan masukkan daging.
Masak hingga daging kecut dan masukkan air.
Kalau air dah kering, tambahkan lagi.
Bila daging dah empuk, masukkan asam keping, garam dan 1/2 sudu gula.....
Tunggu sehingga 1 1/2 - 2 jam atau sampai daging empuk
Iceland the Land of Ice and Fire - Day 1 n 2
-
Tarikh 9 Ogos 2019, Mamaayahaman membuat perjalanan melawat ke Iceland.
Terpaksa plan untuk berjalan pada bulan Ogos kerana Aman dah tak sama cuti
dengan ...
5 years ago
No comments:
Post a Comment