Menu berbuka hari ke-17...
Nasi Lemak
(6 - 8 org makan)
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi
5 cawan santan drp 1/2 biji kelapa
10 butir halba
1 biji bawang kecil dihiris
sehiris halia
sehelai daun pandan disimpul
Cara-cara :
Beras direndam sebentar dan dibasuh. Campurkan semua bahan dan dimasak seperti biasa. Selepas nasi hampir masak, masukkan daun pandan.
Sambal Kerang
2 cawan isi kerang
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
sedikit belacan
sedikit asam jawa
1/2 cawan minyak untuk menumis.
4 senduk cili mesin
2 biji bawang, bwg putih dan belacan dimesin. 1 bj bwg dipotong bulat.
Tumiskan bawang hingga naik bau. + cili dan dimasak hingga betul-betul garing ( hingga naik minyak)
Masukkan air asam jawa, + isi kerang dan bwng potong. Sesuaikan rasanya.
No comments:
Post a Comment