Bahan-bahan Untuk Kek
5 biji telur
150 gm gula
150 gm tepung kek
1 sudu ovalette
80 ml susu cair
75 ml minyak jagung / sayuran
Cara membuat :
Telur + gula dipukul hingga kembang.
+ tepung, ovalette dan susu cair. Pukul lagi hingga kembang.
+ minyak jagung dan kacau sebentar.
Masukkan adunan dalam tin bersaiz 7 in dan dilapik dgn kertas parchment.
Bakar 45 minit dgn suhu 170C
Bahan-bahan Untuk Kastard
A 8 gm agar-agar kering atau 1 sudu serbuk agar-agar
500 ml air
180 gm gula
B 400 ml santan pekat di mesin dgn 5 helai daun pandan dan diperah utk mendapatkan 400 ml
1 bungkus tepung Hoen Kwee / 85 gm
sedikit pewarna hijau
secubit garam
Masak bahan A hingga agar-agar larut. Kalau masih tak larut, masukkan dalam blender dan + bahan2 B.
Blendkan dan tuang dlm periuk.
Panaskan dan dikacau hingga pekat.
Kek dibelah tiga.
Gunakan tin jenis loose yg bersaiz 8 in.
Masukkan lapisan pertama kek dan 1/3 drp kastard. Ratakan ditepi. Kastard perlu menyelaputi dibhgn tepi kek juga.
Letak lapisan kedua dan kastard.
Letak lapisan ketiga dan penuhkan bhgn atas dan ratakan.
Sejukkan sebentar di luar sebelum simpan dalam peti sejuk.
Bila dah beku dan sejuk, boleh dibuka bhgn tepi tin.
Sapukan keseluruhan permukaan dgn krim yg dipukul sebentar. Taburkan kelapa kering di keseluruhan kek.
No comments:
Post a Comment