Yang kali ke berapa masak Ayam Pongteh..., dah jadi feveret kami sekeluarga plak...
Masakan drp Nyonya Peranakan. Sedap juga resepi ayam pongteh ni. Tak pedas, so kena makan dgn sambal belacan. Nak masak pun mudah je...
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam potong kecil
2 biji kentang potong 4 atau 6 (ikut saiz kentang)
2 biji bawang besar
4 ulas bwg putih
1/2 in halia
2 sudu taucu
3 sudu kicap
6 kuntum cendawan shitake (tak letak, sebab tak dan cari)
1/2 cawan minyak utk menumis
1 sudu gula
Cara-cara :
Mesin halus bhn2 seperti bwg dan halia.
Tumiskan bhn mesin hingga betul2 garing, agak lama juga...
Masukkan tauchu yg dimesin halus.
+ ayam dan dikacau sebentar hingga mesra. + kicap, kentang dan cendawan.
+ 1 liter air dan direneh hingga ayam empuk dan kuah sedikit pekat.
No comments:
Post a Comment