Pulut Kuning makan dengan kari daging pekat, sambal tumis dan ulamkan timun...
1 kg pulut
2 cawan santan pekat + 2 sudu garam + 2 sudu gula
kunyit serbuk
asam keping
Pulut di rendam dengan kunyit serbuk dan asam keping selama 2 hingga 4 jam.
Toskan air dan lalukan dgn air untuk basuh lebihan kunyit.
Kukus pulut selama 30 minit.
Lepas 30 minit kukus, angkat pulut dan masuk dalam besen besar.
Arunkan dengan santan dan biar santan meresap.
Kukus lagi selama 20 - 30 minit.
Siap..
No comments:
Post a Comment