Resepi Ulangan..., menu berbuka hari ke-4
Nasi Lemak
(5 org makan)
Bahan-bahan :
3 cawan beras basmathi
3 1/2 cawan air + ½ cwn santan
6 butir halba
1 biji bawang kecil dihiris
sehiris halia
sehelai daun pandan disimpul
Cara-cara :
Beras direndam sebentar dan dibasuh. Campurkan semua bahan dan dimasak seperti biasa. Selepas nasi hampir masak, masukkan daun pandan.
Sambal Tumis
1 cawan ikan bilis
2 biji bawang besar- 1 dimesin dan 1 dipotong bulat
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
sedikit asam jawa
1/2 cawan minyak untuk menumis.
15 tangkai cili kering
1. Cili kering, bawang, bwg putih dan belacan dimesin.
2. Tumiskan bahan mesin hingga betul-betul garing ( hingga naik minyak).
3. Masukkan air asam jawa, + ikan bilis dan bwng potong. Sesuaikan rasanya.
4. Biar sambal agak kering sedikit.
No comments:
Post a Comment