iklan

Lauterbrunnen

Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

Sunday, 3 July 2016

Samperit Susu




Resepi mudah...

400 gm tepung jagung
100 gm tepung kastard
50  gm tepung ubi
1/2 tin Susu pekat
250  gm butter

Cara membuat :

Butter dikacau dengan Susu hingga sebati. Tak perlu guna mixer, cukup kacau dengan senduk kayu.

Masukkan tepung Dan uli sebati.

Masuk dlm acuan samperit Dan letak coklat nibs.

Bakar 170C selama 15-20 minit.




Sunday, 5 July 2015

Biskut Ala Famous Amos


Biskut raya yang pertama untuk 2015...

Aman kata sedapp... cuba la... resepi mudah dan berbaloi buat. 






Untuk satu adunan, kita boleh dapat dalam 100 keping, untuk saiz biskut yang kecil2... 

Bahan A:

1 ketul butter 250 gm
3/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula caster
1 cawan brown sugar
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
1 sudu teh esen vanilla

Bahan yang diayak B:

4 cawan tepung Rose atau tepung gandum biasa
1 camt cream of tartar
1 camt soda baking
1 sudu serbuk koko


2 cawan chocolate chips
1 cawan badam cincang

Cara-cara :

1. Bahan A di masukkan ke dalam mangkuk dan digaul rata sahaja dengan senduk kayu.
2. Masukkan bahan B dan sebatikan menjadi doh.



3. Punjutkan sedikit doh. Jangan terlalu besar kerana biskut ini akan mengembang dan meleper. So letakkan doh dalam bentuk bola. Yang paling baik, test dahulu saiz dan rupa doh.

4. Bakar pada suhu 160-170 C selama 12 - 15 minit.










Utk 2 adunan, kita akan dapat 6 botol yang sederhana.

Thursday, 31 July 2014

Biskut Florentine...

Biskut yang paling senang..., kalau beli dah siap, punyalah mahal harganya....



Untuk satu paket tepung Florentine, kita akan dapat sebanyak 2 dulang bersaiz 14 inci biskut...

BAHAN-BAHAN :

1/2 paket tepung florentine (250 gm)
200 gm badam keping
100 gm kuaci labu
20 gm bijan hitam

1) Badam keping dan kuaci labu dipanaskan dalam oven selama 10 minit. Biarkan oven dipanaskan pada suhu 170 C.


2. Campurkan semua bahan dan gaul rata.


3. Dulang pembakar saiz 14 inci dilapik kertas kek yang boleh direcyle. Jangan lapik dengan kertas kuning atau kertas lain sebab nanti ia akan melekat.

4. Taburkan bahan tadi dan sebarkan rata-rata dalam dulang. Bakar selama 10 - 15 minit. Lihat kepada kekuningannya. Bakar hingga kekuningan baru cantik.


5. Potong dengan cepat menggunakan pisau atau pemotong pizza sementara panas.





Monday, 29 July 2013

Biskut Night Dome...




Bahan-bahan :

250 gm butter
100 gm gula perang
350 gm tepung
60 gm tepung jagung
30 gm tepung kastard
1 biji kuning telur
1 tsp oren paste

utk hiasan
100 gm coklat masakan
10 gm coco butter (saya tak letak pun...)

almond serbuk dan almond nib

Cara-cara :

Pukul butter + gula sebentar sahaja. + kuning telur dan esen oren. Pukul sikit lagi dan masukkan tepung, gaul sebati dan sedia untuk dicanai. Terap ikut btk yg disukai...

Bakar dalam suhu 160 C selama 30 minit.

Angkat dan sejukkan dahulu sebelum disalut dgn coklat.

Panaskan coklat secara double boil. Bila dah cair, masukkan biskut. Masukkan agak banyak supaya coklat tidak menjadi terlalu tebal utk sebiji biskut. Golekkan dalam campuran serbuk badam dan nib.

Angkat dan sejukkan sebentar dlm peti ais. Lepas tu, disimpan dalam bekas kedap udara.




Sunday, 12 August 2012

Almond London


Hari ni, sempat buat 2 jenis kuih raya, 1 adunan tart nenas dan 2 adunan kuih Almond London..


Dah macam nak meniaga la pulak..., hehehe...


Resepi almond London ambik drp blog HaSue..., terima kasih kerana berkongsi resepi...

Bahan-bahan :

(boleh dapat lebih kurang 140 biji..)

250 gm butter
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan nestum dikisar
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula aising
1 bj kuning telor
Badam biji lebih kuran 150 biji dipanggang dalam oven hingga masak
1 cawan badam cincang utk tabur di atas kuih

Untuk Coklat Saduran

500 gm coklat compound
2 sudu minyak jagung
Mangkuk kertas warna hitam


Cara Membuat :

1.  Butter + gula dipukul sebentar sahaja dgn mixer. + telur.
2.  + bahan2 kering lain dan diuli sebati.
(Mak saya kata, kalau buat biskut tak perlu diadun beria sangat...)

3.  Diambil sejemput kecil doh, diisi dgn 1 biji badam dan dibtk memanjang. Jgn terlalu besar, cukup meyeliputi badam tersebut sahaja dgn doh yg nipis.

4.  Bakar dalam oven suhu 160 C hingga kekuningan lebih kurang 25 - 30 minit.

5.  Sejukkan dahulu baru disalut dgn coklat.

6.  Penyediaan Coklat : Secara double boil, coklat dicairkan + minyak jagung.

7.  Letakkan biskut yg telah sejuk ke dalam periuk berisi coklat tadi, gunakan penyepit diletakkan ke dalam mangkuk kertas. Tabur dgn badam cincang di atasnya. Kalau nak cepat beku coklatnya, simpan sebentar dalam 3 minit di dlm peti ais bhgn atas.




Tuesday, 7 August 2012

Tart Nenas Gebu



Ambil resepi drp blog ni http://princessharyati.blogspot.com/2007/11/tart-nenas-gebu.html
Terima kasih..., sedap tartnya, cair dimulut...



Bahan-bahan :

2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu tepung jagung
2 1/2 sudu tepung kastard
1 cawan butter ( 226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu esen vanilla
2 sudu tepung susu ( saya gantikan dgn 1 sudu susu pekat)

Inti Nenas
2 biji nenas diparut
1 cawan gula
1 helai daun pandan
3 kuntum cengkih







Cara Membuat Inti :
Nenas diparut dan dimasak sehingga air sedikit kering + gula, daun pandan dan cengkih. Masak hingga kering.

Cara Membuat Doh :

Campurkan semua bahan kecuali tepung2 ke dalam mixer. Pukul sebentar sahaja sekadar melembutkan butter dan menyebatikan bahan2. + tepung dan uli supaya sebati.

Canaikan nipis, gelekkan dgn penggelek bunga, potong empat segi tepat ikut kegemaran masing2, letak inti dan gulungkan. Kalau melekat, taburkan tepung.
Untuk sapuan kuning telur : Kuning telur + pewarna + susu pekat manis.

Bakar dalam oven suhu 170C selama 25 minit.