iklan

Lauterbrunnen

Showing posts with label Spaghetti. Show all posts
Showing posts with label Spaghetti. Show all posts

Monday, 4 May 2015

Spaghetti Aglio e Olio with cheese

Cerita malam tadi..., sebab malas nak keluar..., guna apa yang ada shj dlm peti ais...

Taburkan Parmesan Cheese..., sedapppp kata Aman...



Aglio = Garlic
Olio = Olive Oil

Cara masak dan bahan yang ringkas... garlic dan Olive oil...

Bahan-bahan :

1 paket spaghetti di rebus hingga empuk
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi dan 1 biji cili merah
10 ekor udang
Sayur2 - ikut suka, sy letak carrot, toomato dan bunga kobis
minyak zaitun
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu parmesan cheese

Cara-cara
1. Bawang besar, bawang putih dan cili di cincang.
2. Panaskan 3 sudu minyak zaitun dan tumiskan bahan cincang.
3. Masukkan udang dan sayur2.
4. Tambahkan 1/2 cawan air.
5. Biarkan sebentar dan masukkan spaghetti yg telah direbus.
6. Sesuaikan rasa- tambah garam dan serbuk lada hitam.
7. Taburkan parmesan cheese dan parsly.



Tuesday, 14 January 2014

Spaghetti with Meatball




Semalam teringin pulak nak makan meatball..., daging kisar yang ade dlm stok pun cuma jenama Ramly...

Tapi belasah je la..., tapi sudahnya rasa dah macam burger Ramly pulak..., So lain kali nak cari daging kisar yg lain...


Bahan-bahan Meatball

(40 biji meatball)

400 gm daging kisar
1 cawan serbuk roti
1 sudu lada hitam kisar
1/2 sudu lada putih
1 biji bawang besar di cincang halus
2 ulas bawang putih dicincang
1 biji telur
garam
sedikit daun sup dihiris halus ( meatball citarasa melayu)

Gaulkan semua dan buatkan bulat2.
Panaskan Pemanggang Ajaib dan grill meatball dgn api yg perlahan...


Kuah Spaghetti (tanpa daging cincang)

(20 org makan)

2 bungkus spaghetti

2 labu bawang besar didadu
100 gm butter
5 ulas bawang putih

1 tin tomato puri (430 gm)
2 tin air
1/2 cawan gula
1 sudu makan oregano
1 tin cendawan butang
500 gm mix vege
1/2 cawan sos tiram
1 cawan bawang goreng
1 sudu makan lada hitam
2 keping bay leave
200 gm carrot dimesin
2 camt garam

Cara membuatnya :
1 Panaskan butter + bawang tumis hingga bawang layu.
2 + daging cincang kacau sebentar
3 + bahan2 lain.



Friday, 3 May 2013

Spaghetti - White Sauce ala Carbonara


 Spaghetti- White Sauce ala Carbonara

Spaghetti - Bolognese Sauce

Hari spagheti pada 28 April...., buat dua jenis sos...

Untuk Resepi Bolognese, klik SINI

White Sauce ala Carbonara


1 cawan tepung gandum
1 liter susu segar
1 cawan krim
1/2 ketul butter

200 gm dada ayam dipotong nipis
1/2 biji bawang besar didadu
1 ulas bawang putih dicincang
1 sudu serbuk lada hitam

parutan keju cheddar
Spaghetti yg telah direbus lembut

Cara-cara :

1. A : Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih, hingga wangi. + ayam dan digaul rata. + lada hitam dan garam. Biar hingga ayam masak dan ketepikan.

2. B : Dalam periuk yg lain, panaskan butter, dan masukkan tepung gandum. Kacau sebentar hingga tepung kekuningan. + krim dan susu. Kacau supaya tidak bergentel. Biarkan sehingga kuah sedikit pekat tapi jgn terlalu pekat. Kalau pekat tambah dgn sedikit air panas. + parutan cheese.

3. Bila dah sedia utk menghidang, panaskan bahan A dan + bahan B. Panaskan sebentar, jgn terlalu lama kerana sauce putih cepat bergentel, terus masukkan spaghetti dan ditutup api. Taburkan cheese dia atas...



Friday, 14 October 2011

Spaghetti


Untuk 20 org makan

Bahan-bahan :

2 labu bawang besar didadu
100 gm butter
5 ulas bawang putih

400 gm daging cincang
1 tin tomato puri (430 gm)
2 tin air
1/2 cawan gula
1 sudu makan oregano
1 tin cendawan butang
500 gm mix vege
1/2 cawan sos tiram
1 cawan bawang goreng
1 sudu makan lada hitam
2 keping bay leave
200 gm carrot dimesin
2 camt garam
spaghetti - 2 bungkus

Cara membuatnya :
1 Panaskan butter + bawang
2 + daging cincang
3 + bahan2 lain.