iklan

Lauterbrunnen

Showing posts with label Western Food. Show all posts
Showing posts with label Western Food. Show all posts

Monday, 4 May 2015

Spaghetti Aglio e Olio with cheese

Cerita malam tadi..., sebab malas nak keluar..., guna apa yang ada shj dlm peti ais...

Taburkan Parmesan Cheese..., sedapppp kata Aman...



Aglio = Garlic
Olio = Olive Oil

Cara masak dan bahan yang ringkas... garlic dan Olive oil...

Bahan-bahan :

1 paket spaghetti di rebus hingga empuk
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi dan 1 biji cili merah
10 ekor udang
Sayur2 - ikut suka, sy letak carrot, toomato dan bunga kobis
minyak zaitun
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu parmesan cheese

Cara-cara
1. Bawang besar, bawang putih dan cili di cincang.
2. Panaskan 3 sudu minyak zaitun dan tumiskan bahan cincang.
3. Masukkan udang dan sayur2.
4. Tambahkan 1/2 cawan air.
5. Biarkan sebentar dan masukkan spaghetti yg telah direbus.
6. Sesuaikan rasa- tambah garam dan serbuk lada hitam.
7. Taburkan parmesan cheese dan parsly.



Friday, 1 May 2015

Sheperd's Pie




Kesukaan Aman ni...

Bahan-bahan Inti :

250 gm daging cincang
4 sudu tomato puree
1 biji bawang besar dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
1/2 batang carrot di potong dadu kecil
6 biji cendawan butang dicincang
1 batang cili merah dan 1 batang cili hijau dicincang
sedikit serbuk lada hitam

Cara :

Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan tomato puree dan kacau sebentar.
Masukkan daging cincang dan bahan2 lain.
Masak hingga agak kering.
Sesuaikan rasa.


Bahan-bahan kulit pie :

1 kg kentang, dibuang kulit potong dadu dan direbus hingga empuk
1/2 cawan susu segar
2 sudu butter
garam dan serbuk lada hitam

Apabila kentang sudah lembut, lenyekkan hingga halus.
Tambahkan susu dan butter, dan lihat sehingga kentang menjadi lembut dan tidak terlalu kental.


Cara melapis....

Letakkan selapis nipis kentang di dlm Loyang, letakkan inti dan lapiskan dengan kentang lagi.

Ketebalan kentang ikut kesukaan masing2. Saya tak berapa suka kentang yang terlalu tebal.

Di garis2 permukaan kentang dgn garfu. Sapu permukaan pie dengan kuning telur.

Bakar pada suhu 200C selama 15 minit.








Tuesday, 3 February 2015

Potato Salad...



Sarapan style omputeh kata Aman..., sedap benor katanya...

Bahan-bahan :

3 biji kentang
3 sudu mayonis
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit garam dan gula
sayur2 campur dan capsicum sekiranya suka
2 batang sosej.

Cara-cara :

1) Kentang dikupas kulit dan dipotong dadu dan direbus dengan sedikit garam hingga agak empuk.        
2) Rebus sekali sosej selama 5 minit. dan dipotong kecil.

3) Toskan kentang dan campurkan semua bahan.

4) Makan dengan roti yang dipanaskan..., makan panas-panas.., sedapppp.


Thursday, 8 January 2015

Makaroni Cheese Bakar...




Buat untuk sarapan pagi tadi...., ke main sedap kata Aman...

Bahan-bahan

2 cawan macaroni di rebus
1/2 bj bawang besar dicincang
2 ulas bawang putih dicincang
1 bj tomato di potong dadu
1 cawan daging cincang
2 sudu rempah kari
3 sudu sos cili
sedikit minyak zaitun
herba campur / oregano
Parmesan Cheese
Daun sup/bawang.

1) Panaskan oven 170 C

2) Panaskan kuali, tumiskan bawang dan tomato dengan minyak zaitun hingga kekuningan sedikit.

3) Masukkan rempah kari, kacau sekejap, masukkan daging cincang dan sos cili.

4) Masukkan 1/2 cawan air dan biarkan sebentar. Masukkan macaroni rebus, hirisan daun sup/bawang dan sesuaikan rasa. Tutup api.

Bahan Custard
1 cawan susu segar
4 biji telur
garam
sedikit serbuk lada hitam

Kacaukan semua dengan garpu hingga sebati

Ambil satu tin pembakar yang sederhana besar shj. Lenserkan dengan butter sedikit
Masukkan macaroni yang kita goreng tadi.
Tuangkan bahan custard tadi.
Taburkan dengan cheese.
Bakar selama 20 minit.





Thursday, 18 December 2014

Spaghetti Aglio Olio


Kesukaan Aman ni....

Resepi ringkas..., campak2 aje apa yang ada dlm peti ais... sukatan ikut agak2 sahaja la... macam masak mee goreng...

Bahan-bahan

1/2 paket Spaghetti di celur
1 bj bawang besar, 2 ulas bawang putih dan 7 biji cili padi atau chilli flakes dicincang halus
Perencah - seefood atau ayam
Sayur - carrot dan parsley atau apa shj.
Black pepper
minyak zaitun
parmesan cheese (kalau suka)

Cara-cara

Panaskan minyak, tumiskan bahan cincang hingga naik bau. Masukkan perencah dan kacau sebentar.
Masukkan 1/2 cwn air dan tunggu mendidih, masukkan spaghetti yang dicelur dan sayur.
Kacau sebentar, sesuaikan rasa.
Tutup api dan taburkan cheese dan kacau rata...



Sos BBQ Black Pepper

Musim berlamb chop... Sebenarnya, dulu2 saya bukan peminat kambing. Ntah macammana sekarang boleh suka pulak makannya...

Untuk lamb. saya beli dah siap di kedai Ramly. Beli yang dah siap marinate, Arabian Marinated Lamb. Sedap yang ni, bahan perapnya memang dah terasa dan lamb nya pun nipis2 sikit.

Balik, kita tinggal buat sos black pepper. Buat banyak2 pun tak pe sos ni, pastu simpan. Anak saya suka makan sos ni. Dia bubuh banyak2 masa makan... so baloi buat...



Bahan-bahan

2 biji bawang besar potong dadu
1/3 buku mentega
1 1/2 sudu lada hitam biji
3 sudu tepung gandum
1 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
1 kiub pati ayam
kicap

Cara-cara :

1) Panaskan mentega, tumiskan bawang hingga naik bau dan wangi.

2) Masukkan tepung dan kacau hingga masak sedikit lebih kurang 3 minit.

3) Masukkan 1 mangkuk air, kacau..., masa ni memang nampak bergentel. Tak pe kita akan blend.

4) Kisarkan bahan tadi dan campurkan lada hitam dan kiub pati ayam sekali. Blend hingga halus.

5) Masukkan balik dalam kuali dan masukkan sos cili dan sos tomato. masak lagi. Masukkan sedikit air lagi dan adjust kepekatan. Campurkan kicap dan sesuaikan warnanya. Sesuaikan rasa dan boleh dihidang...



 Letak atas whipped potato pun sodap...


Resepi Whipped Potato...

kentang di potong dadu dan rebus sampai empuk dan di lecek hingga halus.
+ susu hingga agak lembut dan lembik ikut yang disukai.
+ lada sulah dan garam
Scoop kan kecil2 dan curahkan sos bbq atasnya...

Tuesday, 14 January 2014

Meatball, Chip Potato with Chicken Gravy


Meatball semalam..., buatkan chicken gravy dan gorengkan kentang..., Fuhhh kenyang untuk sarapan pagi tadi... Alhamdulillah...

Resepi Meatball

Klik sini : MeatBall



Chicken Gravy

1/2 biji bawang besar di potong dadu
2 ulas bawang putih di cincang
3 sudu tepung gandum
2 sudu butter
1/2 sudu serbuk lada hitam
1/2 kiub pati ayam
2 sudu kicap
4 cawan air

1. Panaskan butter, tumiskan bwg besar dan bwg putih hingga layu.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau selama 1 minit.
3. Masukkan sedikit air dan bahan2 lain.
4. Masukkan dlm blender dan blend hingga halus.
5. Panaskan semula dalam periuk dan tambahkan lebihan air tadi dan masak hingga kepekatan yang dikehendaki.




Monday, 16 September 2013

Lasagna...


Sos Merah

Resepi ini ialah resepi yg sama untuk spagheti bolognese. Kalau untuk Lasagna sahaja, buat sekadar 1/4 drp sukatan yg diberi. Atau kalau nak lagi mudah, beli sos yg dah siap sahaja. Saya biasa buat byk dan frozenkan.

2 labu bawang besar didadu
100 gm butter
5 ulas bawang putih

400 gm daging cincang
1 tin tomato puri (430 gm)
2 tin air
1/2 cawan gula
1 sudu makan oregano
1 tin cendawan butang
500 gm mix vege
1/2 cawan sos tiram
1 cawan bawang goreng
1 sudu makan lada hitam
2 keping bay leave
200 gm carrot dimesin
2 camt garam
spaghetti - 2 bungkus

Cara membuatnya :
1 Panaskan butter + bawang
2 + daging cincang
3 + bahan2 lain.

Sos merah di masak perlu berkuah sedikit....

Sos Putih

4 sudu tepung gandum
2 sudu mentega
300 ml susu
1 sudu teh lada hitam
garam
cheese

Cara Membuat :

Panaskan mentega + tepung. Kacau sebentar dan + susu. Kecilkan api dan kacau hingga tepung tidak bergentel. + cheese dan boleh tutup api.

Cara Menyusun :

1. Lapiskan lasagna di atas loyang atau bekas yg boleh dibakar. (atau sesetengah resepi kita rebuskan        
     sebentar kepingan lasagna, agar lebih lembut...)
2. Masukkan Sos merah. Lapisi pula dgn sos putih.
3. Letakkan kepingan lasagna lagi + sos merah dan sos putih.
4. Buat sekali lagi dan akhiri atasnya dgn lapisan lasagna dan sos putih. Taburkan cheese di atasnya.
5. Tutup permukaan bekas dgn aluminium foil. Bakar selama 20 minit pada suhu 200 C.
6. Buka penutup aluminium foil dan sambung bakar selama 5 - 10 minit hingga bhgn atas elok kuningnya.



Sebelum di bakar



Tuesday, 16 July 2013

Quiche Lorraine Citarasa Melayu...

Menu berbuka hari ke-7, Mee Bandung dan Quiche...





Sejarah Quiche Lorraine, pinjam daripada Wikipedia...

Although known as a classic French dish, the quiche originated in Germany. The word quiche means "cake" which came from the German word Kuchen. Today, quiche is considered as typically French. However, savoury custards in pastry were known in English cuisine at least as early as the 14th century. Recipes for custards baked in pastry containing meat, fish and fruit are referred to Crustardes of flessh and Crustade in the 14th-centuryThe Forme of Cury[3] and in 15th-century cookbooks as well.[4]

The origin of quiche lorraine is in rural Lorraine Region of France and the original quiche lorraine had a rustic style: it was cooked in a cast-iron pan and the pastry edges were not crimped. Today, quiche lorraine is served throughout France and has a modern look. The French version is unlike that served in the United States; the bacon is cubed, no onions are added and the custard base is thicker.



Rasanya, sedap jugak... sesekali tukar selera...


Bahan-bahan untuk pastry

3 cawan tepung
1/2 buku mentega ( 125 gm) sejuk dipotong kecil
1 sudu teh garam
3 - 4 camca air sejuk

Tepung + mentega diramas hingga menjadi seperti serbuk roti.
Tambahkan air dan diuli hingga menjadi doh.

Simpan dalam peti ais 30 minit.

Selepas 30 minit, canaikan doh dan diletakkan dalam loyang pie.
Dicucuk atas pastry dengan garfu utk mengelakkan gelembung.
Bakar kosong selama 15 minit dgn suhu 160 C


Bahan-bahan inti
1/2 cawan isi ayam
2 sudu bawang merah + bawang putih mesin
1/2 sudu rempah kurma + 1/2 sudu rempah kari
1/2 biji bawang besar dipotong bulat
Lada benggala dipotong nipis

Tumiskan bahan mesin hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kacau sebentar. Masukkan isi ayam dan sedikit air. Masak hingga kering. Masukkan lada benggala dan bawang potong bulat.

Bahan-bahan cecair

250 ml susu segar
3 biji telur
50 ml cream
garam dan lada sulah
Campurkan semua dan di pukul hingga rata.


Bahan-bahan lain

sedikit daun sup/bawang
1/2 cawan parutan cheese cheddar
Selepas pastry crust siap di bakar, masukkan inti. Taburkan rata. Taburkan juga cheese.

Tuangkan bahan cecair dan akhir sekali taburkan daun sup dan daun bawang.



Bakar semula dgn suhu 160 C selama 40 minit hingga Quiche kelihatan beku dan pekat.



Sejukkan dan dipotong...


Sunday, 14 July 2013

Chicken Chop...

Menu berbuka hari ke-5..., Chicken Chop, Coleslaw, Mashed Potatoes dan Dutch Bread Bun...




Bahan-bahan untuk Ayam:

1 ekor ayam - ambil dan potong nipis isi di bahagian dada dan peha.
1/2 labu bawang besar - dimesin
2 ulas bawang putih - dimesin
tepung gandum secukupnya
serbuk roti secukupnya
1 biji telur
minyak utk menggoreng

Bahan sos :

1/2 labu bawang besar - dimesin
2 ulas bawang putih - dimesin
3 sudu brown sauce, boleh dibeli dikedai yg jual bahan bakery - dibancuh dgn 1 cwn air.
2 sudu butter
1 sudu serbuk lada hitam
cendawan butang- jika suka

Bahan-bahan utk Coleslaw :

kobis
carrot
mayonis
garam
lada hitam


Cara Membuat :

1) Ayam yg dipotong nipis tanpa tulang diperap dgn garam, bawang besar dan bawang putih. Kalau boleh semalaman. Kalau tak perap selama tu pun ok gak rasanya.

2) Sementara tu, buat sos dahulu. Tumis mentega dgn bawang sampai layu dan masukkan brown sauce.
3) Api perlu kecil sahaja, dan tambahkan lagi air jika bergentel dan masukkan lada hitam dan bahan lain.
4) Masak hingga kepekatan yg disukai.

5) Sediakan coleslaw : kobis dan carrot dipotong dadu halus, ditambah garam, lada hitam dan mayonis.

6) Untuk menggoreng ayam : panaskan minyak.
7) Sediakan 3 piring utk diletakkan tepung gandum, telur yg dipukul sebentar, dan serbuk roti.



8) Ayam yg diperap tadi digolek dalam tepung gandum dahulu, kemudia dicelup dalam telur dan akhir sekali dalam serbuk roti sebelum dilepaskan dalam minyak panas.


9) Goreng hingga kekuningan.

Mashed Potatoes

2 biji kentang dipotong dadu dan direbus dgn sedikit air ( agak2 lebih sedikit paras kentang shj)
Rebus hingga empuk. Biarkan ada sedikit lagi air dalamnya. Lenyek hingga halus.
Masukkan sedikit garam, lada sulah dan 3 sudu susu segar. Gaulkan rata dan siap.

Untuk sosnya, kali ni malas nak buat sebab dah penat duduk kat dapur lama, so saya hanya guna sos utk chicken chop tetap saya cairkan sedikit....

Resepi utk sos Mashed Potatoes seperti di bawah...

Untuk sos

Bahan sos :

2 sudu mentega
2 sudu tepung gandum
1 sudu teh lada hitam
1/2 kiub pati ayam
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu sos tiram
kicap
3 cawan air

Cara membuat :
Panaskan mentega + tepung gandum dan dimasak sehingga kekuningan. Api perlu sentiasa kecil.
Bawang sy suka mesin halus supaya nampak halus je sos.
Masukkan bawang, air dan bahan2 lain. Kacau sehingga tidak ada gentelan.
Masukkan kicap sehingga mendapat warna yg digemari.
Masak sehingga kepekatan yg diminati, tambahkan air jika masih bergentel dan kacau selalu.

Sunday, 30 June 2013

Homemade Burger Daging...


Tiba-tiba je nak makan burger buat sendiri..., tapi roti burger tak de..., bantai je roti sandwich, pun boleh....



Resepi ini seperti yg pernah saya buat dahulu...

Bahan-bahan :

2 cawan daging kisar atau ayam kisar
1 cawan serbuk roti

Bahan mesin (guna bhgn kering tanpa air...)

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1 sudu lada hitam mesin
garam
1 sudu teh gula

1 biji telur, kalau doh tak menyatu. Kalau tak, tak ada pun tak pe....

Campurkan semua bahan dan uli hingga sebati.
Buatkan bentuk bulat dan masak atas non stick pan...


Monday, 28 January 2013

Lasagna + Sup Cendawan

Ptg 4 - 5 hari lepas buat lasagna sebab nak menghabiskan brg2 yg tersadai lama dlm peti ais.

Kaedah mudah dan sesuai utk org yg tak berapa rajin..., mcam saya la tu...





Untuk Sos Spagheti :

Sos Instant, daging cincang, cili capsicum.

Campurkan semuanya, tambah sedikit air dan biarkan masak 10 minit.


Untuk Sos Putih :

1/2 tin sup cendawan, 1/2 cawan air, cheddar cheese.

Masak sup cendawan dgn air hingga pekat. Campurkan cheese.





Susun kepingan lasagna dlm tin pembakar yg dilapik dgn aluminium foil.


Letakkan sos spagheti dan sos putih.
Taburkan cheese.
Ulang lapisan lagi sebanyak 2 - 3 kali. Tabur cheese di permukaan atas.

Bakar dlm oven suhu 160 C selama 35 minit.



Saturday, 4 August 2012

Tuesday, 31 July 2012

Lasagna





Tengok Shimah buat, teringak jugak nak cuba...
Resepi buat ubah suai sendiri, cedok sana sikit dan jadilah....

Bahan-bahan :

Kepingan Lasagna

Sos Merah

Boleh rujuk sini : Sos Spaghetti sebab resepinya sama je..., cuma buat 1/4 atau kurang lagi drp tu....
Sos merah di masak perlu berkuah sedikit....

Sos Putih

4 sudu tepung gandum
2 sudu mentega
300 ml susu
1 sudu teh lada hitam
garam
cheese

Cara Membuat :

Panaskan mentega + tepung. Kacau sebentar dan + susu. Kecilkan api dan kacau hingga tepung tidak bergentel. Masukkan sedikit air jika perlu. + cheese dan boleh tutup api.

Cara Menyusun :

1. Lapiskan lasagna di atas loyang atau bekas yg boleh dibakar. (atau sesetengah resepi kita rebuskan sebentar kepingan lasagna, agar lebih lembut...)
2. Masukkan Sos merah. Lapisi pula dgn sos putih.
3. Letakkan kepingan lasagna lagi + sos merah dan sos putih.
4. Buat sekali lagi dan akhiri atasnya dgn lapisan lasagna dan sos putih.
5. Tutup permukaan bekas dgn aluminium foil. Bakar selama 20 minit pada suhu 200 C.
6. Buka penutup aluminium foil dan sambung bakar selama 5 - 10 minit hingga bhgn atas elok kuningnya.

Thursday, 19 July 2012

Spaghetti Carbonara




Bahan-bahan

(Untuk 4 org makan)

250 gm spaghetti direbus

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
minyak untuk menumis
Isi ayam / udang / sotong atau lain2...
2 btg sosej potong bulat

200 ml cream
2 biji telur (kalau suka...)
1 sudu lada hitam
1/2 sudu oregano
1/2 kiub pati ayam
100 gm parutan keju
sedikit daun parsley

Cara membuat

Panaskan minyak, tumis bawang hingga layu dan sedikit kekuningan.
Masukkan udang dan perencah lain, masak sebentar.

Masukkan cream dan bahan lain.
Kacau sebentar dan masukkan spaghetti rebus tadi dan dihidangkan...

Friday, 13 July 2012

Homemade Daging Burger





Bahan-bahan :

2 cawan daging kisar atau ayam kisar
1 cawan serbuk roti

Bahan mesin (guna bhgn kering tanpa air...)

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1 sudu lada hitam mesin
garam
1 sudu teh gula

1 biji telur, kalau doh tak menyatu. Kalau tak, tak ada pun tak pe....

Campurkan semua bahan dan uli hingga sebati.
Buatkan bentuk bulat dan masak atas non stick pan...

Adunan Daging Lembu - Campur semua bahan kecuali telur.... 


Burger Ayam....

Yang dah siap menjadi doh...

Tepek menjadi leper dan bulat....