iklan

Lauterbrunnen

Showing posts with label Cucur. Show all posts
Showing posts with label Cucur. Show all posts

Thursday, 2 May 2013

Lempeng Kelapa Cicah Kari Ikan...




Lempeng Kelapa :

1/2 cawan kelapa dimesin dgn 1 cawan air
2 cawan tepung gandum
garam

Bancuhkan tepung dan kelapa yg dimesin tadi. Adunan agak cair sedikit.
Panaskan kuali non stick, bila dah panas, lenserkan satu senduk adunan dan leperkan. Jgn letak minyak lagi.
Bila dah siap dilempeng, baru letak minyak ditepi dan digoreng garing...

Kari Ikan

sekeping Ikan Pari dipotong kecil

1/2 biji bawang besar dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1 in halia di mayang

2 sudu bawang + bwang putih di mesin
2 sudu rempah kari ikan

sedikit campuran biji sawi
minyak untuk menumis
2 genggam kelapa di ambil santan
1 sudu kecil asam jawa

Cili merah, cili hijau - dipotong panjang
bendi dan terung

Cara-cara :

Tumis bawang dan halia yg dimayang serta campuran biji sawi hingga naik bau.
+ bawang mesin dan digoreng lagi. + rempah kari dan sedikit air. Masak sebentar.
+ santan dan biar mendidih, + ikan.
Biar kan sebentar dan masukkan bendi, terung dan cili.
Sesuaikan rasa.

Cucur Tauge Cicah Rendang...


Keesokkannya, buat cucur tauge, makan dgn rendang semalam..., pun sedap...



1 cawan tauge
sedikit kucai potong 1 in
2 cawan tepung
1 biji bawang besar dipotong dadu
air secukupnya.
garam dan sedikit serbuk kunyit.

Bancuh tepung, garam, kunyit dan bawang sehingga menjadi adunan yg agak cair (tidak terlalu kental).
gaulkan dgn tauge dan kucai dan dijemput dgn sudu ke dalam minyak panas..., goreng hingga masak dan garing...

Monday, 4 February 2013

Cempedak Goreng


Ni pun nak masuk dalam blog...., saje nak kasi banyak post..., hehehe

Cempedak berbuah kat kebun. Asalnya ada org nak curi buah cempedak, mereka dah turunkan buah2 cempedak tu. Kebetulan abg ipar aku dtg kebun nak cari buah cempedak. Elok je buah2 tu dah terlonggok kat bawah pokok. Entah2 pencuri tu masih ada kat situ, masa abg ipar aku dtg. Dia pun bawak la balik buah cempedak yg dah siap dipetik oleh pencuri tu.

Aku ambil 3 biji je..., kat rumah ni, bukannya ada org yg suka makan, sudahnya jenuh aku mengunyah sorang2 nak kasi habis. Buat penat je aku menggoreng....

Selalunya kalau aku gi kebun, jarang dapat cempedak yg elok, sebab kami ni tak pandai nak tengok buah yg dah matang. Main petik je, lepas seminggu buah tu busuk. Untung gak la ada org tolong petikkan...., tapi yg tak bestnya, mereka ni mencuri. Tak pe lah, kurang2nya dapat pahala untuk arwah ayah dan mak yg susah payah menanam pokok2 cempedak tu...


Saturday, 12 January 2013

Jemput-jemput Pisang


Bahan-bahan :

Tak de sukatan, main campur2 je...

Pisang Emas
Tepung Gandum
1 - 2 sudu gula
1 sudu kecil soda bikarbonat
minyak utk menggoreng

Lecek pisang hingga hancur, masukkan gula.
Masukkan tepung dan soda bikarbonat.
Anggaran tepung ialah hingga adunan sedikit pekat hingga boleh dijemput. Jgn terlalu pekat dan jgn terlalu cair...

Thursday, 26 July 2012

Cucur Kangkung


Cucur ni masak utk sahur pagi tadi...., terjadinya cucur ni sebab kesterlupa nak masak nasi sebelum tidur....

Bangun pukul 5.20 tengok2 nasi belum masak. So plan terdesaknya ialah buat cucur dan dalam peti ais ada kangkung, so jadilah cucur kangkung....

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1/2 labu bawang besar didadu
1 biji lada merah dicincang
garam
3 batang kangkung potong 1 inci.

Campurkan semua bahan kecuali kangkung dan dibancuh dgn air seperti buat cucur yg lain juga. Masukkan kangkung dan goreng dalam minyak yg panas....

Saturday, 21 July 2012

Cucur Nasi

Alhamdulillah...., dah selamat berbuka untuk hari pertama berbuka puasa tahun 2012 ni.

Menu buka puasa hari ini ialah cucur nasi dan nasi arab dan air teh lemon.





Resepi cucur nasi ni saya ambil drp blog Mat Gebu dan diubah sikit ikut selera dan bahan yg ada dlm peti ais...

Anak saya kata, cucur ni lagi sedap drp cucur tepung sebelum2 ni, mungkin sebab rasanya lebih rangup...

Bahan-bahanya :

2 cawan nasi
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung
1/2 biji bawang besar potong dadu
1 biji lada dicincang
kunyit
garam
kucai dipotong2

Cara membuatnya :

Nasi dan air dimesin halus.
Campurkan semua bahan dan lihat kepada kepekatannya. Mestilah sehingga boleh dijemput sebab kalau adunan lembik nanti minyak akan masuk dalam cucur dan rasanya tak sedap.
Panaskan minyak dan jemput2 kan ke dalam minyak dan goreng hingga kekuningan.

Friday, 20 July 2012

Cucur Udang






Lapar pulak petang2 jumaat ni. Teringat nak makan cucur udang. Melawat ke blog Mat Gebu, pinjam resepi cucur udang....

Buat setengah adunan je, utk makan dgn anak je. Cik Abe lambat balik....

Untuk resepi sebanyak itu, saya dapat dalam 5 biji cucur udang...

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1/2 camca besar yis
3/4 - 1 cawan air
tauge, kucai
kunyit
garam
5 - 6 ekor udang

Cara membuat

Campurkan semua bahan dan ditambah air. Sukatan air bergantung kepada keadaan tepung.
Panaskan minyak utk menggoreng.
Rendamkan senduk dalam minyak panas.
Setelah panas, sendukkan sedikit adunan dlm senduk dan letak udang seekor diatasnya.
Rendamkan senduk dalam minyak panas.
Setelah agak kekuningan sedikit, cungkilkan cucur dgn garfu supaya tertanggal.




Sos cili

Bahan-bahan

4 biji cili merah, dibuang bijinya.
1/4 cawan gula
1/8 cawan cuka
1 ulas bawang putih
garam

Cara membuat :

Cili + bawang putih dimesin halus.
Campurkan semua bahan dan sedikit air dan dimasak atas api hingga pekat...