iklan

Lauterbrunnen

Showing posts with label Tart. Show all posts
Showing posts with label Tart. Show all posts

Sunday, 7 July 2013

Fruit Tart



Teringin plak tekak nak makan tart buah... Resepi untuk kastard, guna Che Mat Gebu punya. Untuk crust, resepi drp Ita Masam Manis. Kalau rasa malas, beli kat kedai pun senang je crust tu, 24 biji dalam RM 7.

Crust

170 gm butter
50 gm gula icing
1 biji telur
290 gm tepung gandum
1/2 sudu esen vanilla

Pukul butter sebentar, + gula icing. + telur dan + tepung.
Gaulkan rata hingga jadi doh.
Balut dalam cling wrap dan simpan 30 minit dalam peti ais.

Ambil sedikit doh dan ditekan nipis dalam acuan.
Cucuk kan dgn garfu dan dibakar dalam suhu 170 C selama 10 minit.
Crust ini boleh disediakan awal dan disimpan dalam bekas kedap udara.

Custard Filling
(utk 25 biji tart kecil...)

2 cawan susu segar ( tapi saya pakai 1 tin susu cair...)
3 sudu besar tepung castard
3 sudu gula
2 sudu mentega
1 sudu teh esen vanila

Campurkan susu, tepung castard dan gula. Dikacau hingga tepung tidak bergentel dan dimasak hingga likat dan kental, dalam 10 - 15 minit.
Tutup api dan masukkan mentega dan vanilla. Kacau sebati dan biarkan sejuk.

Potong buah2 yg disukai dan yg ada dijual....(bukan senang nak cari buah2 mcm rasberri dan blueberry....)

Ambil sesudu kastard, diratakan dalam crust dan disusn buah2 diatasnya... Simpan sejuk baru di makan..., nyummy...

Thursday, 16 May 2013

Egg Tart @ Tat Telur



Sedap..., suka pulak makannya, terutama kalau disimpan dalam peti ais...


Bahan Crust : 

Sumber resepi drp blog Masam Manis...

Kali ni saya buat banyak, 2 kali ganda resepi...


340 gm butter
100 gm gula icing
2 biji telur
580 gm tepung gandum
1 sudu esen vanilla

Pukul butter sebentar, + gula icing. + telur dan + tepung.
Gaulkan rata hingga jadi doh.
Balut dalam cling wrap dan simpan 30 minit dalam peti ais.

Ambil sedikit doh dan ditekan nipis dalam acuan.
Cucuk kan dgn garfu dan dibakar dalam suhu 170 C selama 10 minit.
Crust ini boleh disediakan awal dan disimpan dalam bekas kedap udara.




Crust yang telah dibakar dan diletakkan filling sebelum dibakar sekali lagi...

Egg Filling

4 biji telur
2 cawan susu segar
1 1/2 sudu tepung custard
3/4 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla

Kacau semua bahan hingga sebati sahaja.










Sunday, 1 July 2012

Cheese Blueberry Tart




Resepi ini ambil drp internet, drp blog http://fromintankitchen.blogspot.com/.....

Acuan tart tak ada, nak buat sesangat, belasah je acuan mcm kat atas.....

Bahan-bahan :

Utk bahagian Crust 

170 gm butter
50 gm gula icing
1 biji telur
290 gm tepung gandum
1 sudu teh vanila

Cara membuat :

Butter dipukul hingga lembut, masukkan gula dan digaul dgn senduk kayu.
Masukkan telur dan esen. Digacau sebati.
Masukkan tepung gandum dan diuli hingga lembut dan sebati.

Ambil sejemput doh dan ditekan ke dalm acuan. 

Doh yang sudah siap dicucuk dgn garfu di bhgn dasarnya.

Bakar dalam oven dalam suhu 160 C selama 30 minit.
Biarkan sejuk dan keluarkan drp acuan.

Penyediaan Filling Cream Cheese dan Blueberry


250 gm cream cheese
50 gm gula castor atau gula halus
1 bj telur
1 sudu esen vanilla
Blueberry jem

Cara Membuat :

Dgn mixer, pukul cream cheese hingga lembut dan gebu.
Masukkan gula, esen dan telur.
Pukul lagi hingga gebu.

Masukkan jem bluberry dlm piping bag.
Paipkan ke dalam crust tadi.

Paipkan juga cream cheese hingga penuh.

Buat corak di atas tart.

Bakar lagi 5 minit suhu 160 C.