iklan

Lauterbrunnen

Showing posts with label Pelbagai. Show all posts
Showing posts with label Pelbagai. Show all posts

Tuesday, 20 October 2015

Cendawan Goreng Tepung...

Makanan kegemaran Aman...




Bahan-bahan

sebenarnya bahan-bahan yang hendak dicampur, ikut kesukaan rasa kita...

Antara bahan yang saya guna,

Tepung Beras, Tepung Jagung dan Tepung Gandum.... sukatannya boleh sama banyak.

Garam, black pepper, serbuk cili, kunyit serbuk, rempah kari dll.

Telur - dipukul sedikit.

Cara-cara :

Bekas 1 : Semua bahan rempah dan tepung di gaul sebati.
Bekas 2 : Telur yang dipukul sedikit.

Panaskan minyak untuk menggoreng.
Cendawan di siat2 jika besar2, di basuh dan ditoskan.
Celup dalam bekas 2 (telur), toskan sedikit dan golekkan dalam bekas 1 (tepung2) dan terus di goreng dalam minyak panas.

Goreng hingga kekuningan....

Tuesday, 3 February 2015

Mangga Asam Boi...


Ini pun fenomena gak...

Bahan-bahan :

4 biji manga muda dibuang kulit dan dipotong nipis
8 sudu gula
1 paket 20 biji asam boi
8 biji cili padi dihiris.

Campurkan semua, gaul rata.
Simpan dalam peti ais.
Selepas 2 - 3 jam, mangga akan mula berair dan lembut.
Sedia untuk di makan...







Tuesday, 14 January 2014

Mushroom Soup n garlic bread...


Menu yang dah tertunggak2..., menu yang sama tapi di masak pada hari2 yang berlainan...., tapi disekalikan lah sahaja post... yg gambar atas, rotinya jenis sedikit keras..., yg gambar bawah, rotinya jenis lembut...

Bahan-bahan Mushroom Soup :

8 biji cendawan butang warna putih
1cawan susu cair
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dicincang
2 sudu butter
2 sudu tepung gandum
1/2 kiub pati ayam
1 liter air

Cara-cara :
1. Cendawan dipotong nipis.
2. Panaskan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan 3/4 cendawan yg dihiris tadi. Masak lagi 2 minit.
4. Masukkan tepung gandum dan dikacau lagi 1 minit dan masukkan sedikit air. Kacau sebentar dan masukkan dalam blender dan blend halus.
5. Masukkan semula dalam periuk dan tambahkan pati ayam, susu cair, cendawan yg tinggal 1/4 lagi dan lebihan air tadi.
6. Masak hingga agak pekat dan sesuaikan rasa.

Garlic bread

Apa-apa jenis roti dibelah dua
6 sudu mentega + 2 ulas bawang putih yang dicincang halus - dipanas sebentar dlm microwave hingga cair dan lembut sedikit.
Sapukan atas roti yang dibelah dua, panaskan atas pan.

Sedap dimakan panas2....


Monday, 14 October 2013

Macarons...







Teringin nak buat Macaron ni..., tak pernah rasa pun dan kewujudannya pun baru disedari.....

Masa dekat CDG Airport France, kami lepak dekat 2 jam depan kedai Laduree.. melihatkan ramainya pembeli dan penggemar Macaron. Harganya boleh tahan mahal. Disebabkan aku tak tahu pasal kewujudan Macaron ni so keterujaan nak rasa tidak begitu tinggi. Bila dah sampai Malaysia dan bila di google.., mcm best plak... sayang plak tak rasa walaupun seketul di kedai famous Laduree..., kalau tak boleh dibandingkan rasa sebenar Macaron...




Info drp Wikipedia....

A macaron (/mɑːkɑːrɔːn/ mah-kah-rohn;[1] French pronunciation: ​[makaˈʁɔ̃][2]) is a sweet meringue-based confection made with eggs, icing sugar, granulated sugar, almond powder or ground almond, and food colouring. It is also called Luxemburgerli.[3] The macaron is commonly filled with ganache, buttercream or jam filling sandwiched between two biscuits. The name is derived from the Italian wordmacarone, maccarone or maccherone, the Italian meringue.




Resepi ni saya ambil daripada blog http://natashabintikhalil.blogspot.com/2012/01/resipi-dan-tips-sweet-macarons.html Cantik2 macaron yg dihasilkan oleh owner blog ini...



Bahan -bahan :
(15 pasang macarons...)

53 gm telur putih
secubit cream of tartar
13 gm gula castor

113 gm gula icing
63 gm serbuk badam
pewarna serbuk


1. Serbuk badam dikisar lagi hingga halus + gula icing dan dikacau rata. Biarkan sebentar.

2. Telur putih dipukul hingga berbuih, masukkan cream of tartar dan dipukul lagi. + gula castor dan dipukul hingga kaku atau bertanduk.

3. Kaup balikkan campuran gula icing dan serbuk badam hingga rata.

4. Tambahkan pewarna dan digaul rata.




5. Lapik loyang dgn Parchment paper, masukkan adunan dalam plastik, paipkan adunan berbentuk bulatan sebesar duit 50 sen atau ikut saiz yg digemari. Check jika ada gelembung udara dan pecahkan dgn lidi.

6. Biarkan selama 30 minit hingga lapisan luar nya menjadi kering, kita boleh rasa dgn menyentuh permukaan macaron itu.

7. Sementara itu panaskan oven pada suhu 150 C dan selepas 30 minit turunkan suhu ke 120 C dan bakar macaron selama 20 - 30 minit.

8. Check juga bhgn bawah samada dah cukup masak atau belum, kalau belum letakkan api bawah selama 10 minit lagi....

9. Sejukkan sebentar dan boleh letakkan filling..., saya letak nutella shj...


Kaki Macaron ini akan muncul semasa proses membakar.... Seronoknya bila kaki macaron ini muncul..., tetapi saiznya ada besar kecik...., malas nak buat bulatan..., mcm dah pro je, padahal baru nak mencuba...


Monday, 16 September 2013

Potato Wedges..

Kegemaran Aman ni..., cicah plak dgn Jalapeno cheese sauce...., ummphh....

 Kaedah 1 : Dicelup dgn tepung...

 Kaedah 2 : Tepung ditabur shj...

Mana lagi sedap ? Saya suka yg kentang dicelup dan disalut dgn tepung yg dibancuh dgn sedikit air. Bancuh pekat2 sikit...., lebih rangup...




Bahan-bahan :

Kentang dibersihkan kulit luarnya, tak perlu dibuang kulit, dipotong baji yg nipis sedikit...
serbuk lada hitam
serbuk cili
garam
telur

tepung goreng ayam atau tepung gandum + tepung jagung

Cara-cara :

Kentang direbus hingga empuk ( 10 minit mcm tu )
Ditoskan dan campur garam, serbuk cili dan serbuk lada hitam. , masukkan sebiji telur.Gaul rata.




Panaskan minyak

Kaedah 1 : Tepung goreng ayam di bancuh dgn sedikit air. Masa nak menggoreng, celup kan kentang dan goreng.

Kaedah 2 : Kentang digolek dalam tepung dan digoreng




.

Goreng dgn api sederhana hingga garing kekuningan.



Thursday, 15 August 2013

Lempeng Debab..


Hari kedua berbuka, di petang isnin raya ke-5..., menu ringkas tapi sedappp, lempeng debab cicah kari ikan...

Lempeng Debab ni, dulu arwah mak suka buat..., kalau buat garing2 sket lagi sodap..., tapi nak masaknya lama sket...


Bahan-bahannya simple aje dan main agak2 je, janji adunannya tak cair mcm buat lempeng biasa tu, mcm ala2 nak buat cekodok.

Antara bahan2nya ialah tepung gandum, kelapa parut dlm 1 - 2 sudu, air dan garam.





Monday, 22 July 2013

Rojak Pasembor...



Teringin pulak nak makan pasembor..., menu berbuka hari ke-12, Mee Hailam dan Pasembor...


Katanya, resepi asli drp mamak Penang...

Semangat nak cuba dan hasilnya sungguh memberangsangkan..., memang ada ala2 rojak yg biasa makan dgn cendol kat bawah pokok. Terima kasih berkongsi resepi...

Cuma lain kali nak lebihkan cili, kasi pedas sikit lagi dan kurangkan kacangnya, mcm muak sikit kcknya lebih...

Saya ubah resepi menjadi separuh shj drp yg diberi oleh Tuan Punya asal resepi. Itupun saya dapat satu periuk kuahnya. Hari ni, nak makan mee rojak pulak...

Bahan-bahan kuah :

250 gm keledek direbus hingga empuk
65 gm udang  atau sotong kering ( sy pakai sotong kering...) dimesin
60 gm kcg tanah di goreng 
8 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu besar asam jawa + 1 cawan air
1/4 cawan gula
4 keping biskut marie rendam dalam air

Cara-cara :

1. Cili kering, bwg putih dan bawang besar digoreng dgn sedikit minyak hingga layu. Mesin kan halus.
2. Dalam periuk, didihkan 2 cawan air dan masukkan bahan mesin.
3. Masukkan semua bahan lain dan renehkan hingga pekat.




Cucur Udang Keras utk Pasembor

Bahan2 :

1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar kelapa parut kering
1/2 paket yis
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil gula + 2 cawan air suam
3/4 sudu garam

1. Yis dicampurkan ke dalam air suam. Tunggu hingga berbuih.
2. Campurkan semua bahan dan kacau rata. Tunggu hingga adunan naik dalam 1 jam
3. Bolehlah digoreng dgn letak atas senduk, dan letak udang seekor... Goreng dalam minyak yg banyak.

Friday, 15 February 2013

Sate


Malam ni kami makan Homemade Sate....

Gigih membuatnya..., tak tahu lah berbaloi ke tak..., kalau beli, terus je boleh dimakan..., tapi buatan sendiri memang 100% isi ayam tanpa kulit dan lemak....

Saje suka2, buat seronok2 membakar....










Bahan-bahan :

3 bhgn dada ayam dipotong dadu
1 biji bawang besar
1/2 sudu teh jintan manis, jintan putih dan ketumbar
2 hiris lengkuas
2 hiris halia
3 btg serai
10 sudu gula
1 sudu kunyit serbuk
secukup lidi yg direndam dalam air

Semua bahan dimesin halus dan digaul dgn ayam yg dipotong kecil. Perapkan 4- 5 jam.
Sebelum di bakar, 3 ketul ayam dicocok kepada lidi sate.
Di bakar atas bara api...
Air lebihan perapan + sedikit minyak dan direnjis2 kpd sate semasa membakar.

Resepi Kuah Sate, klik sini  Resepi KUAH SATE











Monday, 11 February 2013

Pulut Kuning



Semalam buat pulut kuning bersama dgn rendang ayam dan samosa, saje panggil Eki dan Wawa dtg makan...





Bahan-bahan :

6 cawan beras pulut
3 cawan santan pekat
2 sudu kunyit serbuk
3 keping asam keping
1 sudu gula dan garam

Cara-cara :

Beras pulut direndam 6 jam bersama dgn kunyit serbuk dan asam keping.
Lepas 6 jam, toskan dan lalukan dgn air.
Kukus selama 20 - 30 minit.
Santan + garam dan gula.
Angkat pulut dan masukkan dlm bekas yg besar utk mengarun pulut dan santan.
Gaulkan pulut dan santan.
Kukus balik selama 30 minit lagi.

Siap utk dihidang...






























Sunday, 20 January 2013

Tempe Goreng Tepung


Bahan-bahan :

1 bungkus tempe dlm plastik, potong 4 secara diagonal dan belah dua lagi supaya nipis.
1 biji telur
1 sudu bawang mesin
rempah2 lain seperti rempah kari, kunyit, jintan2, cili mesin dsbnya
garam.
2 sudu tepung jagung.

Cara-caranya ;

Tepung + telur + garam + rempah2, dikacau sebati.
Masukkan tempe.
Di goreng dalam minyak panas.



Buttermilk Pancake


Petang2 ahad mcm hari ni, terasa pulak lapar...

Resepi yg simple petang ni, ambil drp blog masakan Marthastewart....





Bahan-bahan :

2 cawan tepung
3 cawan buttermilk
1 sudu teh baking soda
2 sudu teh baking powder
2 biji telur dipukul sedikit
3 sudu gula
4 sudu mentega cair
11/2 sudu teh garam

Cara-caranya :

1. Oven dipanaskan dgn suhu 175 C.
2. Panaskan pan leper.
3. Campurkan semua bahan dan dikacau sebati.
4. Tapiskan supaya tidak berketul.
5. Lenserkan pan dgn butter, dan masukkan 1 senduk kecil bater supaya menjadi btk bulatan.
6. Tunggu hingga masak dgn semua bater, kelihatan gelembung2 udara di atas pancake. Terbalikkan dan masak sebelah lagi.
7. Angkat dan letak dlm dulang pembakar dan panaskan dlm oven.
8. Enak dimakan bersama sos pilihan seperti maple syrup, madu dll...

Sunday, 13 January 2013

Friday, 3 August 2012

Rojak Tauhu





Ini menu tambahan untuk berbuka hari ke-12 ( hari Rabu lepas...), baru sempat nak upload...




Bahan-bahan

Utk Sambal

10 - 15 biji cili padi (nak byk atau sikit terpulang)
1 ulas bawang putih
kcang tanah tumbuk
1 sudu cuka
gula
kicap

Bahan Utk Rojak

Tauhu digoreng
Timun dipotong halus
Tauge dicelur
Kangkung atau lain2 yg disukai
(utk gambar yg di atas, saya letak ayam yg digoreng dan dicarikkan....)

Cara membuat :

Cili padi + bwg putih ditumbuk / mesin kering
+ bahan2 lain dan sesuaikan rasanya.

Sunday, 24 June 2012

Roti Canai




Dulu2 ayah dan mak biasa buat roti canai ni. Petang2 siap uli roti canai utk jual esok. Sebabkan utk berniaga, maka roti canai dibuat gunakan mesin sebab banyak, mau patah tangan kalau uli dgn tangan.

Resepi ni agak2 je, sebab mak dulu kuantitinya banyak, so, ukuran bahan2 nya pakai genggam...

Resepi yg aku tulis ni utk menghasilkan 5 keping roti canai je, maklumlah, keluarga kami ni kecil sahaja....


1/2 cawan air suam
1/4 bj telur
1 sudu garam
1 sudu gula
1/8 cawan susu cair atau 2 sudu susu pekat.
2 - 2 1/2 cawan tepung.
marjerin.

Cara membuat :

Gunakan mangkuk yg agak luas.
Masukkan air suam + telur + gula + garam + susu. Kacau hingga bahan2 larut.
Masukkan tepung. Sukatan tepung ikut jenis tepung, kalau lembik, habiskan 2 1/2 cawan.
Gaulkan sebati dan diuli 5 minit.

Buatkan bentuk bola dan disapukan marjerin di luar bebola agar tidak melekat antara satu sama lain.

Tutupkan dgn plastik.
Perapkan 4 - 5 jam. Kalau nak terus canai, adunan perlu lembik sedikit. Tetapi tekstur tidak begitu cantik.



Doh yang bentuk bola.... 

 Di lenyek kasi nipis dulu..., tambah kan minyak supaya licin....




Start Menebar.....

Tebar jgn tak tebar....

Tebar sebesar yang boleh....



 Dah dapat besar....

 Ni nak buat roti telur..., so tambahkan telur, lipat 4 dan goreng...

 Roti telur yg sedang dimasak....

 Roti canai biasa yang lepas ditebar, direhatkan sekejap, baru ditepek menjadi bulat dan digoreng...

Roti canai biasa, sedang digoreng.....


Makan dgn dalca tulang....