iklan

Lauterbrunnen

Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Sunday, 8 February 2015

Congo Bars

Nak kata macam kek, bukan kek.., perantaraan antara kek dan biskut...



Bahan-bahan :

2 3/4 cawan tepung gandum
150 gm butter
1 1/2 cawan gula perang
2 sudu teh baking powder
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan coklat chip
1 cawan bijan atau walnut


Cara-cara

1. Pukul mentega dengan gula perang hingga kembang.

2. Masukkan telur satu per satu. dan esen vanilla.

3. Tepung gandum diayak dengan garam dan baking powder. Masukkan tepung gandum dalam adunan butter dan gaul rata.

4. Masukkan coklat chip dan bijan. Tinggalkan sedikit untuk ditabur di atas.

5. Gaul rata dan masukkan dalam tin pembakar yang dilapik kertas.

6. Bakar 170 C selama 30 minit hingga kekuningan.




  sebelum dibakar...



Thursday, 8 January 2015

Tiramisu guna telur...



Bahan-bahan :

4 biji kuning telur
1/2 cawan susu
3/4 cawan gula
250 gm cream cheese / mascarpone cheese
1 kotak kecik cream
2 paket biskut lady finger
sedikit serbuk koko
1 cawan air nescaffe tanpa gula

Cara-cara

1. Dalam periuk kecil, satukan kuning telur, susu dan gula. Panaskan dan sentiasa kacau hingga sedikit mendidih ( nampak ada buih di tepi periuk) dengan api yang sederhana. Sejukkan.

2. Gunakan mixer, pukul cream hingga pekat. Campurkan bahan (1), cream dan cheese. Pukul lagi hingga sebati.

Susun Tiramisu...







1) Sedia satu bekas.
2) Ambil biskut dan golekkan cepat2 dalam air nescafe, dan susun dalam bekas.
3) Letakkan separuh bahan cream tadi dan ratakan. Nak taburkan serbuk koko pun boleh.
4) Susun lagi 1 layer biskut yang di golek dalam air nescafe dan habiskan cream tadi dan rratakan.
5) Taburkan dgn serbuk koko.
6) Sejukkan dalam peti ais selama 1 - 2 jam sebelum makan.

Thursday, 31 July 2014

Kek Lapis Masam Manis...


Resepi yang setiap tahun buat..., untuk Raya 2014, dah 2 biji kek dibuat...


Bahan-bahan :

Telur - Merah 16 biji, putih 7 biji sahaja
Gula Caster 200 gm
Ovalette 1 sudu besar
Tepung Hong Kong 280 gm
Horlicks 1 sudu besar
Butter 2 ketul - hilangkan sejuk drp peti ais dan dikacau dgn tangan sebentar sahaja dgn 2 sudu susu pekat manis

Cara Membuat :

1. telur + gula + ovalette - dipukul hingga kembang dan putih. Guna High speed..., mcm kat bawah saya guna speed no 8...


2. adunan atas tadi di campur tepung hong kong dan horlicks
3. masukkan butter dan dikacau sebentar. Semua saya guna pemutar... guna speed yang rendah 1 atau 2.



4. Adunan telah tersedia untuk diwarnakan dan dibakar selapis-selapis.

5. Adunan dibahagikan kepada 3 warna,dan diwarnakan mengikut warna kesukaan. Saya timbang adunan keseluruhan dan bahagi 3.

6. Untuk membakar, adalah elok kalau menggunakan oven sarawak, sebab proses membakar adalah lebih cepat. Saya pakai oven biasa sahaja tetapi guna suhu maksimum. Mula2 pakai api atas bawah utk 2 lapisan pertama, lepas tu guna api atas sahaja.

7. Untuk setiap lapis, kita guna 4 - 5 sudu adunan dan ratakan dalam loyang.

8. Boleh juga ditambah dengan buah asam keping untuk memberi rasa yang masam.

9. Untuk lapisan 2 terakhir, boleh gunakan api atas bawah semula dan kurangkan suhu kepada 170C.
















 Ini batch kedua tahun 2014, baru buat semalam.
Kali ni adunan di bahagi 2 bahagian sahaja dan di bakar selang seli warna nya..
 




Monday, 16 September 2013

Kek Pisang Lembut...





Bahan-bahan :
( Boleh dapat 2 loyang saiz 8 in)

500 gm pisang emas
400 gm gula
7 biji telur
170 ml air
40 gm susu tepung
26 gm ovalette
500 gm tepung
14 gm soda bikabonat
100 ml susu cair
125 ml minyak masak

Cara-cara :

Pisang + gula diputar hingga pisang menjadi hancur.
+ telur dan semua bahan lain kecuali minyak. Pukulkan sebentar.
Akhir sekali masukkan minyak.

Tuang dalam loyang yg dilapik parchment paper.
Bakar dalam suhu 160 C selama 40 minit.




Monday, 12 August 2013

Kek Lapis Cadbury...


Selak2 blog Dayangjack..., cantik2nya kek lapis...

http://dayangjack.blogspot.com/2012/04/kek-lapis-india-cadbury-layered-cake.html

Saya pinjam resepi ni ye... , tapi saya ubah sikit sukatan dan bahan...

Bahan-bahan :

450 gm mentega
120 gm tepung hong kong
200 gm gula halus
10 biji telur
100 gm biskut marie dikisar
110 gm Horlicks
200 gm susu pekat manis
kepingan coklat Cadbury secukupnya ( + /- 80 keping)
pewarna kuning


Cara-cara:
1. Mentega dan gula diputar hingga kembang putih.
2. Telur dimasukkan sebiji sebiji.
3. + bahan2 kering dan pewarna dan putar sebati.
4. Ambil 7 sudu dan diratakan dlm Loyang yang dilapik kertas parchment.
5. Bakar dgn suhu maksimum.
6. Pada setiap lapisan ketiga disusunkan coklat Cadbury.
7. Ulangi lapisan hingga selesai…






Kek Lapis Masam Manis...




Resepi yg biasa saya gunakan untuk membuat kek sarawak...

Pemilihan warna, saya ambil ilham daripada blog Dayang. Saya tiru ye kombinasi warna... 


 Bahan-bahan :

Telur - Merah 16 biji, putih 7 biji sahaja
Gula Caster 200 gm
Ovalette 1 sudu besar
Tepung Hong Kong 280 gm
Horlicks 1 sudu besar
Butter 2 ketul - hilangkan sejuk drp peti ais dan dikacau dgn tangan sebentar sahaja dgn 2 sudu susu pekat manis

Cara Membuat :

1. telur + gula + ovalette - dipukul hingga kembang dan putih
2. adunan atas tadi di campur tepung hong kong dan horlicks
3. masukkan butter dan dikacau sebentar.
4. Adunan telah tersedia untuk diwarnakan dan dibakar selapis-selapis.
5. Adunan dibahagikan kepada 3 warna,dan diwarnakan mengikut warna kesukaan. Saya timbang adunan keseluruhan dan bahagi 3.
6. Untuk membakar, adalah elok kalau menggunakan oven sarawak, sebab proses membakar adalah lebih cepat. Saya pakai oven biasa sahaja tetapi guna suhu maksimum. Mula2 pakai api atas bawah utk 2 lapisan pertama, lepastu guna api atas sahaja.
7. Boleh juga ditambah dengan buah asam keping untuk memberi rasa yang masam.
8. Untuk lapisan 2 terakhir, boleh gunakan api atas bawah semula dan kurangkan suhu kepada 170C.

 Untuk setiap warna, saya bahagi kepada 4 bhgn..., bakar setiap satu bahagian selapis2. Tunggu sampai dah perang coklat baru lapis lapisan yg baru.
Untuk kaler hijau ini, kita akan dapat 4 lapis... Untuk lapisan ke-2, 4, 6, dan seterusnya letakkan asam...

 Buat yg sama utk lapisan ungu..

Dan akhirnya lapisan kuning...




Sunday, 30 June 2013

Cup Cakes Red Velvet...

Post terakhir malam ni..., banyaknya post malam ni, sesudah tertunggak lebih drp sebulan. Ini lah masalahnya kalau dah dtg penyakit malas dan tak de mood...

Petang ni buat kek Red Velvet...



Guna resepi yg biasa saya buat....

Bahan-bahan

A - 2  1/2 cawan tepung kek
      1/2 sudu teh garam
       2 sudu makan serbuk koko

B - 1/2 cawan butter ( separuh drp seketul 250 gm butter)
       1  1/2 cawan gula
       2 biji telur besar
       1 sudu teh esen vanilla

C - 1cawan buttermilk, kalau tak ada gantikan dgn 1 cwn susu segar + 1 sudu cuka, biarkan sekejap
       + 2 sudu pewarna merah ( tak pun pakai 1 sudu pun ok..., sebab kalau 2 sudu mcm ada rasa pahit sikit)

D- 1 sudu teh baking soda
      1 sudu teh cuka.

Cara membuat

1. Siapkan loyang dan lapik dgn kertas minyak. Panaskan oven suhu 160 C
2. Ayak bahan A
3. Pukul butter hingga lembut + gula, pukul lagi hingga kembang dan putih.
4. Masukkan telur, pukul lagi 1 minit, baru masukkan lagi sebiji + vanilla
5. Masukkan tepung 1/3, gaul lagi, + butter milk separuh, masukkan tepung lagi 1/3, pukul dan + buttermilk, gaul lagi dan habiskan tepung tadi dan gaul.
6. Proses seterusnya mesti buat dgn cepat : Gaulkan bahan D dan dgn segera gaulkan dlm adunan kek dan cepat2 masukkan ke dlm tin pembakar dan bakar, selama 40 minit atau hingga masak.
5. Dah masak, sejukkan.

Bahan cream

250 gm cream cheese ( 400 gm baru ok, 250 gm ikut resepi asal...)
110 gm butter
1 sudu perahan lemon ( aku pakai cuka je, lemon tak dan nak pi beli...)
1 sudu esen vanilla
2 sudu besar susu segar
100 gm gula ising

Cara buat
Pukul semua bahan hingga lembut.

Cara nak hias kek.
- utk mudah belah kek, kek disimpan dalam peti ais dulu. Kalau bhgn atas (sejuk beku - 20 minit)
- bahagikan kek kepada 3 bhgn.
- Letak lapisan pertama, sapukan cream, letak lapisan kedua, sapukan cream lagi dan bhgn atas sekali, sapukan semua bhgn dgn cream dan decorate....





Hari ni terlebih rajin sebenarnya, siap buat 4 adunan sebab bahan2 seperti Cream Cheese dan tepung yg perlu dihabiskan segera sebelum masuk bulan puasa yg memang tak akan buat kek2 ni...


Thursday, 16 May 2013

Kek Coklat Lapis Cheese Kukus...




Resepi ni saya ambil drp rumah Hana's Family...terima kasih, saya guna resepi ni ye...

Tapi, saya ubah sikit jadikan sukatannya lebih banyak sebab loyang agak besar.

Bahan Kek Coklat

4 biji telur
1 3/4 cawan gula halus
1 sudu esen vanilla
1 cawan air panas
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu segar
2 cawan tepung gandum
5 sudu serbuk koko
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat

Panaskan kukusan.

Pukul telur dan gula hingga kembang.
+ vanilla, + air panas, + susu, + minyak...
Akhirsekali masukkan bahan kering yang telah diayak.

Bahagi adunan kepada 2 bahagian.
Sediakan loyang pembakar yang dilapik parchment paper.
Masukkan 1/2 bahagian adunan kek coklat.
Tutup dgn aluminium foil dan kukus 20 minit.

Lapisan Cheese

400 gm cream cheese
80 gm gula halus
2 biji telur
1 1/2 sudu air
1 1/2 sudu tepung jagung

Putar cream cheese + gula halus. Pukul hingga sebati dan halus.
+ telur dan pukul lagi.
+ air dan tepung dan pukul lagi.

Apabila lapisan pertama kek coklat telah masak, lapisan dgn adunan cheese, ratakan dan kukus lagi 15 minit.
Akhirnya masukkan adunan terakhir kek coklat dan kukus lagi 30 minit.

Sejukkan sebelum dipotong...

Sunday, 17 February 2013

Opera Torte / Kek Opera





Resepi oleh Anna Olson http://www.foodnetwork.ca/recipes/Dessert/Chocolate/recipe.html?dishid=12541

tetapi ada sedikit penyuasaian mengikut besar dulang pembakar yg saya ada di rumah.

Kek ni sedap sgt kaya rasanya, nak buat tak susah sgt tapi nak memotong agak leceh, comot jadinya...



Penyediaan kek ni memerlukan 4 langkah utama, iaitu penyediaan kek, lapisan Ganache, Coffee Buttercream  dan Coffee Syrup. Saya rasa Lapisan Ganache dan Coffee Butercream baik dibuat awal dan disejukkan dalam peti ais agar mudah utk kerja melapis nanti.

Saya start dgn aturan kerja yg patut dibuat dahulu....

1) Penyediaan Coklat Ganache

Bahan-bahan :

1 1/2 cawan whipping cream
340 gm coklat

Cara :  Coklat dipotong kecil. Panaskan krim sebentar dan terus masukkan ke dalam bekas coklat dan dikacau rata. Biarkan sejuk dalam peti ais.


2) Penyediaan Coffee Buttercream

Bahan-bahan :

A : 3 biji putih telur + 3 sudu besar gula - dipukul kembang.

B : 3 sudu air , 3/4 cawan gula - Air dipanaskan dan dicampurkan dgn gula. Dimasak hingga gula hancur.

Bahan B dimasukkan ke dalam mixer yg masih bergerak. Teruskan memukul sehingga bhgn bawah mangkuk hilang panas.
Campurkan 1 1/2 cawan butter dan 1 1/2 camca teh serbuk nescafe.
Teruskan pukul hingga cream kelihatan sebati. Simpan dalam peti ais.



3) Penyediaan kek Badam

Bahan-bahan :

A : 3 biji telur putih, 3 sudu gula - telur putih dipukul hingga kembang dan dimasukkan gula sedikit demi sedikit.

B : 3 biji kuning telur, 1 biji telur, 1/2 cawan gula - Dalam bekas lain, semua bahan B dipukul hingga kembang dan putih.

C : 1 cawan serbuk badam + 9 sudu tepung kek.


Bahan C di gaul ke dalam bahan B. Kaup balikkan bahan A ke dalam bahan B.
Sediakan loyang 14 x 14 in, lapikkan dgn kertas minyak dan lenser dgn butter.
Ratakan adunan dalam loyang dan bakar dalam suhu 170 C selama 10 minit.
Bila dah masak, sejukkan dahulu.


 4) Penyediaan Coffee Syrup

Bahan-bahan : 3/4 cawan air panas + 4 sudu gula + 1 sudu teh nescafe.


5) Melapis kek

- Kek dipotong 3 sama besar. Kalau ikut loyang yg saya guna lebih kurang 4.5 in.

- Ikut aturan susunan bermula dgn nombor satu, iaitu yg paling bawah...


9) Lapiskan Buttercream- habiskan ½ drp adunan yg tinggal tadi

8) Beruskan Coffee Syrup di seluruh permukaan kek.

            7)  Lapisan kek yg tiga……………………………………………………..

6) Lapisan Chocolate Ganache gunakan 2/3 drp keseluruhan.

5) Beruskan Coffee Syrup di seluruh permukaan kek

4) Lapisan kek yg kedua…………………………………………

3) Lapiskan Buttercream- pakai ½ drp adunan yg dibuat tadi

2) Beruskan Coffee Syrup di seluruh permukaan kek.

1          1)  Lapisan kek yg pertama……………………………………………………..



Kek dipotong 3 - aturan no 1 - 3.


Lapisan kedua kek.

Aturan ke 5 dan 6.


Aturan 7 - 9

- Dah siap lapis, simpan dalam peti ais sebentar. Sementara itu kita sediakan ganache utk menyaluti kek di bhgn atas.
- Lebihan coklat ganache tadi ( 1/3 lagi) + 3 sudu minyak jagung/ sayur dan di double boiler sebentar. Kalau pekat sgt, saya panaskan sedikit cream dan campurkan kpd coklat ganache supaya cair sedikit.

- Tuangkan ke atas kek. Hanya dibhgn atas sahaja. Bhgn tepi tak perlu disalut. Simpankan sejuk.
- Bila dah sejuk, baru potong ditepi kek utk menyamakan tepinya.