iklan

Lauterbrunnen

Saturday, 15 October 2011

Bahulu Kemboja

Kuih ni kepakaran nenek saya dan diwarisi oleh mak. Saya cuba buat tetapi masih tak dapat seperti rupa mcm yg mak buat. Rasa tu ada, mungkin kena buat sekali lagi....




Kuih ni bukan kuih bakar atau bingka pandan. Kuih kemboja ni lebih lembut, mcm basah dan rasanya lebih manis. Untuk buat kuih ni, kita perlu menggunakan telur yang banyak dan kalau mak saya buat dulu, mak banyak buang bhgn putih dan byk menggunakan bhgn merah telur atau kalau nak lebih baik, gunakan telur itik.

Bahan-bahan :

(kita akan dapat 4 biji kuih...)

1 mangkuk telur (telur itik sekiranya ada boleh dicampurkan)
1 1/2 - 2 cawan gula
1 1/2 cawan santan
tepung
minyak masak
bijan

Cara membuat :

1. telur + gula diputar sekejap agak-agak sehingga gula hancur sahaja.
2. + santan
3. tepung gandum di campur hanya apabila hendak dibakar dengan nisbah lebih kurang 7 senduk melamine yg bulat dengan 2 sudu tepung mengikut kesukaan kuih yang lembut atau sedikit keras.
4. Acuan dipanaskan dahulu dan diletakkan 2 sudu minyak.
5. Selepas minyak panas, masukkan adunan tadi dan ditabur bijan. Bakar hingga masak. Suhu 170 C selama 30 minit.



1 comment: