iklan

Lauterbrunnen

Showing posts with label Pencuci Mulut. Show all posts
Showing posts with label Pencuci Mulut. Show all posts

Sunday, 28 June 2015

Sira Labu dengan periuk Noxxa

Try buat sira labu guna Noxxa..., 3 minit sahaja dengan High Pressure..




Bahan-bahan :

1/2 biji labu saiz kecil dipotong 3

4 sudu gula merah

2 sudu gula putih

1/2 sudu teh garam

2 cawan air

Semua bahan masukkan dalam periuk dan setkan 3 minit untuk High Pressure.

Selepas 3 minit, jika masih banyak air, biarkan seminit untuk Stir N Fry, hingga kuahnya likat..



Roti Jala Kuah Durian





Kegemaran arwah ayah..., bila buat kuah durian, mesti kena makan dengan roti jala. Roti jala kaler putih je, bukan warna kuning yang macam kita makan dengan kari...

Bahan-bahan Kuah Durian :
(untuk di makan dengan 12 keping roti jala)

4 ulas durian yang agak tebal
1/2 biji kelapa dan ambil hampir 1 liter santan
6 sudu gula
1 helai daun pandan disimpul
1/2 sudu teh garam
1 sudu tepung gandum di bancuh dengan sedikit air

Cara-cara :

Campurkan durian, santan, gula, daun pandan dan garam ke dalam periuk dan dipanaskan.
Sentiasa dikacau untuk elak bertahi minyak. 

Bila dah mendidih, masukkan campuran tepung gandum dan dikacau lagi hingga betul2 masak.


Bahan-bahan Roti Jala
(10 - 12 keping)

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 sudu teh garam
1 sudu minyak

kacau sebati semua bahan dan ditapis.
Lihat kepekatan dan adjust jika perlu.
Saya menjala guna botol muncung 3 je. 

Lepas dah masak, boleh dilipat dan gulung...









Tuesday, 3 February 2015

Sengkuang Calit


Tiba-tiba je nak buat sengkuang calit...

Kisahnya daripada pasar tadi. Ternampak ada sengkuang.

Sampai rumah, terus buat kuah rojak. Kuah warna merah, tak tahu nak buat. Jadilah kuah hitam pun sedap...

Bahan-bahan kuah rojak :

2 cawan kicap (1/2 botol kicap)
2 cawan sos cili
1 1/3 cawan gula merah
sedikit belacan besar ibu jari
20 biji cili padi dimesin halus dgn belacan
2 sudu tepung jagung dibancuh dgn sedikit air

Cara-cara

Campurkan semua bahan kecuali tepung jagung.
Masak hingga mendidih dan pekat sedikit.
Bila dah agak masak, tambahkan air tepung jagung dan biarkan pekat sedikit.





Thursday, 18 December 2014

Kuini Santan...

Musim kuini yang dah lama berlalu..., tapi baru nak masuk cerita dalam blog...



Ada sebatang pokok kuini yang ditanam oleh Arwah Ayah kat depan rumah. Alhamdulillah tahun ni berbuah agak banyak dan isinya sangat manis dan tak ada yang berulat. Sempat memberi rasa kepada jiran-jiran juga. Semoga mendapat sedikit keberkatan kepada tuan yang menanamnya.

Bila ada buah kuini yang masak serentak dalam 4- 5 biji memang ni je lah yang saya buat. Sebab semuanya suka. Kuini santan..., resepi drp arwah mak...

Bahan-bahan :

4 biji Buah kuini dikupas dan disincang isinya
4 sudu gula
secubit garam
2- 3 cawan santan segar atau santan kotak

Campurkan semua...


Simpan dalam peti ais hingga sejuk, baru makan..., sedappppp...

Tuesday, 14 January 2014

Melty Hershey Cheese...


Teringin nak rasa...

Bahan-bahan :

(boleh dapat 8 - 9 bekas)

A :  500 gm cream cheese
      3 cawan whipping cream
      1 3/4 cawan susu pekat manis

B :  Biskut Ladyfinger atau biskut lain2 spt Marie atau Oreo
       Air nescafe tanpa gula
      Sirap Coklat dan Strawberry Hershey atau jenama lain
      Bahan-bahan hiasan seperti coklat chip dsb

Cara-cara :

Bahan A : Putar cream cheese hingga lembut. Masukkan bahan lain dan pukul sebati hingga halus.

Ambil bekas,

Lapisan pertama : Ambil 1 - 2 sudu Bahan A, buatkan sebagai dasar di bekas plastik tersebut.
Lapisan kedua    : Ambil biskut, golekkan depan blkg dlm air nescafe, jgn lama2 sgt nanti hancur biskut tersebut.
                          Letakkan di atas bahan A tadi.
Lapisan ketiga   :  Pancitkan Sirap coklat atau Strawberry di atas dan keliling biskut tadi.

Ulang lagi sekali aturan di atas dan diakhiri dgn lapisan Bahan A. Taburkan dgn hiasan dan sirap coklat atau strawberry.  Saya suka campur coklat dan strawberry sebab ada rasa masam2 dan tak muak sgt kalau coklat sahaja.

Simpankan sejuk dan makannnn....





Thursday, 19 September 2013

Crepe Durian...

Teringat pulak nak makan crepe durian. Tapi durian tak nampak musim skrg...., nasib ada sorang penjual kat depan Dengkil Jaya. Punyalah mahal..., sekilo RM 16 katanya, pastu turun jadi RM 14..., ok lah beli 3 biji je..., 3 kilo lebih..., tup2 harga jadi RM 30 je...., apa punya kalkulator daa.... Baik cakap RM 10 sekilo, tak de lah terkezut sangat tadi..



Sampai rumah dah pukul 5 lebih, letih pun ada, tapi semangat nak buat crepe, ku gagahi jua....

Resepi yg digunakan kali ni, Crepe 7 jenis tepung. Tapi tak semua tepung tu ada dlm stok..., tapi pandai2 la adjust..., jadi juga...







Bahan-bahan :

3 sudu besar tepung HongKong
3 sudu besar tepung Naik Sendiri
2 sudu besar tepung Ubi Kayu
2 sudu besar tepung Kastard
2 sudu besar tepung Jagung
2 sudu besar tepung Kentang
2 sudu besar tepung Superfine

2 sudu besar gula icing
2 biji telur
1/2 tin susu cair
1 sudu kecil garam
3 sudu mentega dicairkan
1 - 2 cawan air.

Bahan-bahan inti

300 gm non diary whipping cream dipukul hingga pekat
Isi durian


Cara-caranya :

Campurkan semua bahan, kacau sebati dan tapis...
Untuk memasak crepe agar jadi nipis, saya pakai non stick pan utk masak telur mata kerbau yg bersaiz 4 in.
Masukkan 1/2 senduk adunan, di goyangkan pan hingga rata dan dicurah kembali lebihan tepung, supaya mendapat dadar yg nipis. Masak dgn api sederhana. Masa memasak pun sekejap, lebih kurang 1 minit shj bila kita lihat bhgn tepi dah mengering. Tidak perlu diterbalikkan, terus diangkat atas pinggan.

Bila dah sejuk, baru diisi dgn cream dan isi durian dan dilipat...






Monday, 16 September 2013

Tapai Ais Krim



Proses pertama ialah membuat tapai dahulu...

TAPAI PULUT

1 kg pulut
Ragi sebesar 1/2 ibu jari
2 sudu gula

Pulut + air (lebih sedikit drp paras pulut) di masukkan dalam loyang dan dikukus atau tanak.
Kukus hingga masak dan disejukkan.

Ragi + 2 sudu gula dimesin dgn pengisar kering.
Ditabur dgn rata kepada pulut.
Letakkan dalam bekas tertutup, simpan dalam tempat yg gelap. (cth dalam kitchen cabinet)
Selepas 24 jam, tapai akan masak...

Sejukkan tapai dalam peti ais.
Bila nak makan, campurkan tapai dan aiskrim... So, cool...


Pulut Mangga


Berbagai versi resepi ada...., tapi saya suka yg simple dan tak terlalu berlemak mcm ni. Bezanya ialah pulut tidak ditanak dgn santan...

Bahan-bahan

Mangga dipotong ikut suka....

A : 2 cawan pulut
      Pulut dibasuh dan dimasukkan ke dalam loyang. Paras air lebih sedikit drp pulut. Kukuskan atau tanak         hingga masak. Saya suka kukus sebab tidak berkerak nanti.

B : 2 cawan santan + 3 sudu gula - dipanaskan dan dikacau selalu.
      1 sudu tepung jagung + sedikit air - dicampur kedalam santan yg sedang dimasak. Kacau hingga agak            pekat.








Tuesday, 9 July 2013

Pavlova






Bahan utk meringue

4 biji telur putih
3/4 cawan gula ( resepi asal pakai 1 cawan - manis benor...)
1 sudu teh krim of tartar
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh cuka
1/2 sudu makan tepung jagung

Cara buat :
- Panaskan ketuhar 130 C
- Pukul putih telur sehingga naik berbuih bersama krim of tartar.
- masukkan gula satu sudu sahaja dan pukul, buat sehingga habis. Gunakan putaran yg paling laju.
- bila adunan dah naik kembang sehingga kalau diterbalikkan bekas pun tak jatuh, maka siaplah meringue kita.
- masukkan tepung jagung, vanilla dan cuka. Gaulkan secara kaup balik. (tp saya gunakan pemutar je, guna speed yg perlahan...)
- Alas tempat membakar dengan kertas alas yg di tandakan bulatan berjejari 7 in dibhgn bawah kertas.
- Keluarkan semua meringue dan dan diletakkan dalam kawasan bulatan yg dilorek tadi dan diratakan sedikit di bahagian atas.
- Bakar sehingga 1 - 1 1/2 jam. Suhu 120-130 C.
- Biarkan sejuk dalam oven. Dah sejuk baru keluarkan pelapik kertas.

CreamPutar
1 cawan non diary whipping cream (saya pakai jenama Rich...)
1 sudu teh vanilla

Cara buat :
 Sebenarnya first time guna non diary cream...., rasanya lebih sedap guna yg non diary ni. Satu lagi cream ni dah manis, so tak perlu tambah gula...

-Campurkan semua bahan dan pukul dgn mesin pemukul telur hingga krim menjadi pekat.
- Bila dah pekat, berhentikan dan jangan pukul lagi, kalau tidak krim akan menjadi berketul2 dan terlalu pekat.
- Sapukan di atas meringue tadi dan ditabur dgn buah2 segar...

Sunday, 11 November 2012

Cream Puff



Cream Puff....., tiba2 plak teringat nak buat....

Resepi ambil drp blog Azlita...http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/09/cream-puff.html

Terima kasih...., saya pastekan di sini ye...

Saya gandakan bahan2 drp resepi Ita...

Bahan-bahan :
(dapat menghasilkan 20 - 30 biji puff, bergantung kpd saiz...)

200 ml air
90 gm butter
120 gm tepung
4 biji telur dipukul dgn garfu sebentar.

Cara-caranya :

1. Oven dipanaskan dgn suhu 200 C.

2. Panaskan air + butter hingga mendidih.

3. Matikan api dan masukkan tepung, kacau hingga sebati.

4. Panaskan semula hingga tepung kelihatan kepingan nipis ditepi periuk. (kalau pakai periuk non stick, tak nampak..., so agak2 je la ye...)

5. Angkat periuk drp api, masukkan telur dan dikacau segera hingga sebati...

6. Masukkan dalam piping bag dan paipkan btk bulat berbunga, di atas loyang yg dilapik parcment paper.



7. Bakar dalam oven 200 C utk 15 minit pertama. Turunkan suhu ke 170 C selama 20 minit lagi atau hingga kekuningan. Kalau masih tak rata kuningnya, off kan oven dan biarkan puff dlm oven hingga rata kuningnya.





Cream Custard

Bahan-bahan :

2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung jagung
2 cawan susu
8 sudu gula
2 biji telur
2 sudu butter
sedikit pewarna dan esen vanilla

Cara membuat :

Masukkan sedikit susu dan kacau tepung hingga rata dan tiada berbintil. + baki susu dan bahan2 lain.
Masak atas api sederhana hingga pekat.
Jgn biar terlalu kental, kerana bila dah sejuk custard akan jadi lebih kental.
Sejukkan.
Belah Puff tadi dan sapukan custard atau gunakan nozzle dan dipaip ke dalam puff...

Tuesday, 6 November 2012

Durian Crepe




Demam Durian Crepe melanda..., gigih gak lah mencari resepi..., mcm2 version ada...

Kadang2 komen yg diberi mcm overated sgt la..., kalau baca sesetengah komen tu, mcm sedap sgt la Durian crepe ni. Kalau difikir2kan, cuma lempeng yg intinya durian. So, apa yg spesial sgt ? 

Walaupun resepi yg saya dapat tak sesempurna mengikut pendapat pakar Durian Crepe ni, tapi sgt lah memadai untuk mencuba dan merasa keenakkan yg dikatakan sebegitu sedap. Pada saya, Durian Crepe ni menjadi sedap kalau durian yg digunakan juga sedap berlemak....

Resepi saya ambil drp

 http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=237592&extra=page%3D1&page=15

3 biji telur
250 gm tepung gandum
1 sudu tepung kastard
1 sudu kecil tepung ubi
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil tepung beras
2 sudu mentega
500 ml santan atau susu cair
sedikit garam.

Campurkan semua dan diblend atau kacau dan ditapis.
Dadar dalam non stick pan yg dioles dgn sedikit minyak. Semasa mendadar lihat kepada ketebalan crepe, kalau agak tebal, masukkan sedikit air lagi. Sebab kalau tebal nanti crepe nya tak cantik masa digulung.

Monday, 22 October 2012

Pai Tee




Tiba-tiba teringin nak makan Pai Tee..., dok ngintai-ngintai resepi kat internet..., mcm2 version....

Try guna resepi drp satu blog ni..., tapi tak berapa menjadi pulak..., asyik melekat je, susah nak tanggal drp acuan... Mula2 mcm dah frust nak buat..., pas tu kuat kan semangat cari resepi yang lain. Kali kedua ni, bahan2nya sama mcm resepi mula2 tadi cuma kali kedua ni tak ada tepung jagung.
Tapi rujukan blognya dah hilang pulak, cari balik tak jumpa pulak blog yg saya tengok resepinya. Terima kasih kerana berkongsi resepi....

Kali kedua buat ni, senang je tanggal drp acuan, sampaikan tak menyempat2 nak tergelongsor keluar. Kalau cepat sgt menggelongsor sebelum kelongsong menjadi sedikit keras nanti btknya tak jadi bulat elok....

Celup acuan ke dalam tepung..., tapi jgn sampai melebihi drp acuan...



Celup dalam minyak panas...


 Goyangkan acuan dan tekankan sekejap acuan ke bhgn bwh periuk...., kalau susah nak keluarkan, tolak sedikit kelongsong dgn lidi.


Kelongsong yang dah siap..., simpan dalam bekas kedap udara....

Bahan-bahan :

60 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
1/2 biji telur
200 ml air
garam
sedikit kunyit utk beri warna kekuningan sedikit

Bancuhkan semua bahan dan sedia untuk digoreng....

Inti :

Sayur seperti carrot, sengkuang, timun...., disagat halus
1/2 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih dan 5 ekor udang di cincang halus.
Tumiskan bawang, masukkan udang dan sesuaikan rasa. Masak hingga agak kering, dan sejukkan sebentar.
Apabila sedia untuk makan, baru digaulkan sayur2 yg telah sisagat bersama  bhn yg dimasak tadi.

Sos Cili :

6 biji Cili merah, 5 biji cili padi, 2 ulas bawang putih, 1/2 sudu cuka makan, 4 sudu gula.
Masak dgn sedikit air hingga agak pekat.

Sos Kicap :

10 bj cili padi, 2 ulas bwg putih, kicap, cuka, gula dan kacang tanah (goreng tanpa minyak dan tumbuk)
Blend cili dan bwg putih, + cuka, gula dan kicap dan sesuaikan rasa. + kcg tanah.







Saturday, 13 October 2012

Crispy Crepe



Tiba-tiba teringkat pulak nak makan crepe ranguppppp..... Pernah makan masa dekat JPO, sedap ada mcm perisa / filling...

Tapi tak cukup alat nak buat crepe supaya jadi nipis. Alat yg mcm besi bulat dan di golek atas crepe secara pusingan jam...

Tak pelah, laku gak crepe ni, masa baru lepas masak memang rangup, dah lama2 jadi lempeng..., hihi...

Ini sumber resepi yg saya ambil..... http://www.littlejapanmama.com/2011/10/japanese-street-crepes-recipe-harajuku.html Terima kasih berkongsi resepi...

Bahan-bahan :

(utk saiz crepe 8 in, kita dapat lebih kurang 7 keping)

1 cawan tepung naik sendiri
1 3/4 cawan susu
1 sudu gula
secubit garam
3 biji telur
30 gm mentega cair.

Cara-cara :

Masukkan semua bahan kecuali mentega ke dalam blender dan blend hingga halus.
+ mentega cair.
Rehatkan adunan 30 minit.
Panaskan kuali non stick
Sendukkan 1 - 2 senduk adunan (ikut saiz senduk dan siaz pan)
Cepat-cepat goyang2 kuali supaya adunan melebar dgn cepat. Kalau ada alat besi panjang (namanya tak tahu nak sebut...), mungkin senang sebab adunan akan jadi nipis serata.

Gunakan api sederhana kecik shj. Biarkan masak dgn perlahan supaya crepe menjadi garing.

Untuk filling, boleh gunakan apa2 yg digemari seperti nutella, coklat, pisang, kaya dan lain2....

Bila nampak tepi2nya dah mengering, boleh lah tambahkan fillingnya.



Dilipat dua dulu dan dilipat 3 pula..., jadi mcm kon...





Makan panas2..., nyummmm....

Monday, 9 April 2012

Pavlova


Kali pertama buat, ikut resepi asal..., manis...



Ini kali keempat buat, kali ni buat 2 tingkat....

Resepi ni aku ambil drp http://www.joyofbaking.com/Pavlova.html

Aku ubah suai sikit...

Bahan utk meringue

4 biji telur putih
3/4 cawan gula ( resepi asal pakai 1 cawan - manis benor...)
1 sudu teh krim of tartar
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh cuka
1/2 sudu makan tepung jagung

Cara buat :
- Panaskan ketuhar 130 C
- Pukul putih telur sehingga naik berbuih bersama krim of tartar.
- masukkan gula satu sudu sahaja dan pukul, buat sehingga habis. Gunakan putaran yg paling laju.
- bila adunan dah naik kembang sehingga kalau diterbalikkan bekas pun tak jatuh, maka siaplah meringue kita.
- masukkan tepung jagung, vanilla dan cuka. Gaulkan secara kaup balik. (tp saya gunakan pemutar je, guna speed yg perlahan...)
- Alas tempat membakar dengan kertas alas yg di tandakan bulatan berjejari 7 in dibhgn bawah kertas.
- Keluarkan semua meringue dan dan diletakkan dalam kawasan bulatan yg dilorek tadi dan diratakan sedikit di bahagian atas.
- Bakar sehingga 1 - 1 1/2 jam. Suhu 120-130 C.
- Biarkan sejuk dalam oven. Dah sejuk baru keluarkan pelapik kertas.

CreamPutar
1 cawan whipping cream
1- 2 sudu gula
1 sudu teh vanilla

Cara buat :
-Campurkan semua bahan dan pukul dgn mesin pemukul telur hingga krim menjadi pekat.
- Bila dah pekat, berhentikan dan jangan pukul lagi, kalau tidak krim akan menjadi berketul2 dan terlalu pekat.
- Sapukan di atas meringue tadi dan ditabur dgn buah2 segar...