iklan

Lauterbrunnen

Showing posts with label Masakan Ikan. Show all posts
Showing posts with label Masakan Ikan. Show all posts

Sunday, 28 June 2015

Homemade Sardine Guna Periuk Noxxa



Bahan-bahan :

6 ekor Ikan Selayang yang dibuang ekor dan kepala
8 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 sudu tomato puree
1 biji tomato dipotong dadu
Minyak untuk menumis

Blend cili kering dan bawang hingga halus.
Gunakan fungsi Stir&Fry. Tumis bahan kisar hingga garing, masukkan tomato puree dan tomato dadu.
Masukkan ikan. Stopkan function periuk. Biarkan sebentar 1 minit.

Setkan ke High Pressure dan masa selama 1 jam. Tutupkan periuk dan letak salur wap ke bhgn Pressure.

Selepas 1 jam, sardine kita dah siap.... tulang2 semua jadi lembut...








Sunday, 8 February 2015

Masak lemak Cili Padi Cendawan...



Bahan-bahan

2 mangkuk cendawan tiram
15 biji cili padi
1/2 biji bawang besar
1/2 inci kunyit hidup
1 mangkuk santan pekat
2 sudu ikan bilis
1 btg serai
1/2 helai daun kunyit

Cara-cara

1. Mesin halus cili padi, bawang besar dan kunyit hidup. Kisar sebentar ikan bilis.

2. Masukkan dalam periuk bhn kisar dan serai yang dititik, dan panas kan atas api hingga pekat.

3. Masukkan santan dan masak selama 5 - 10 minit. Kacau selalu.

4. Masukkan cendawan dan masak lagi hingga mendidih dan kuah masak.


Thursday, 15 August 2013

Kari Ikan...



Jumpa resepi kari ikan yang ada sedikit perbezaan dan teringin nak cuba...
http://spicesjourney.blogspot.com/2012/10/petua-turun-temurun-kari-ikan-yang-sedap.html

Perbezaan yg jelas ialah penambahan beras yg digoreng dan kemudian ditumbuk halus...
Hasilnya, memang rasanya lebih sedappp dan harus dicuba lagi... terima kasih berkongsi petua...

Bahan-bahan :

1 ekor ikan tenggiri yg sederhana besar
1 sudu beras di sangai dan dimesin halus
1 1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 in halia * (bahan bertanda * dihiris nipis)
5 sudu rempah kari
3 sudu cili mesin
1 sudu teh rempah halba
2 cawan santan
1 sudu asam jawa di bancuh dgn air

2 tangkai daun kari
8 biji bendir
2biji tomato
4 biji cili hijau

1/2 cawan minyak

Tumiskan bwang dan halia hingga kekuningan, + cili mesin dan halba campur, kacau sebentar dan + rempah kari yg dijadikan pes. Goreng hingga pecah minyak dengan api perlahan.

Masukkan santan dan air asam jawa. Bila dah mendidih, masukkan ikan. Masakkan sebentar.

Masukkan bendir, cili hijau dan sebelum tutp api, masukkan tomato.







Thursday, 2 May 2013

Lempeng Kelapa Cicah Kari Ikan...




Lempeng Kelapa :

1/2 cawan kelapa dimesin dgn 1 cawan air
2 cawan tepung gandum
garam

Bancuhkan tepung dan kelapa yg dimesin tadi. Adunan agak cair sedikit.
Panaskan kuali non stick, bila dah panas, lenserkan satu senduk adunan dan leperkan. Jgn letak minyak lagi.
Bila dah siap dilempeng, baru letak minyak ditepi dan digoreng garing...

Kari Ikan

sekeping Ikan Pari dipotong kecil

1/2 biji bawang besar dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1 in halia di mayang

2 sudu bawang + bwang putih di mesin
2 sudu rempah kari ikan

sedikit campuran biji sawi
minyak untuk menumis
2 genggam kelapa di ambil santan
1 sudu kecil asam jawa

Cili merah, cili hijau - dipotong panjang
bendi dan terung

Cara-cara :

Tumis bawang dan halia yg dimayang serta campuran biji sawi hingga naik bau.
+ bawang mesin dan digoreng lagi. + rempah kari dan sedikit air. Masak sebentar.
+ santan dan biar mendidih, + ikan.
Biar kan sebentar dan masukkan bendi, terung dan cili.
Sesuaikan rasa.

Sunday, 31 March 2013

Masak Lemak Cili Kering Ikan Dengan Bunga Kantan




Masakan simple tapi baunya sangat harummm....


Bahan-bahan :

Ikan Jenahak atau apa2 sahaja.
1 liter santan
10 biji cili kering + 4 biji bawang + 2 ulas bawang putih + sedikit belacan + sehiris lengkuas + 1 hiris kunyit - dimesin halus.
Bunga kantan dipotong
minyak utk menumis
1 keping asam gelugor
1 btg serai dititik

Cara-cara :

Tumis bahan mesin hingga naik bau dan garing.
+ santan. Biarkan mendidih sambil dikacau.
+ ikan, bunga kantan, serai dan asam gelugor.
Biarkan mendidih sebentar sehingga ikan masak dan sesuaikan rasa.

Monday, 23 July 2012

Ikan Pari Masak Asam Rebus

Hari ketiga puasa ni, ialah hari pertama persekolahan dalam bulan Ramadhan. Hari ni juga agak letih sebab kelas banyak dan anak pun ada kelas tambahan sampai pukul 4 ptg. So, kena lah tunggu....

Disebabkan badan sgt penat resepi hari ni simple2 je..., main campak2 je...



Bahan-bahan :

1 keping Ikan pari potong kecil
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit belacan
2 sudu cili mesin
1 keping asam gelugor
1 btg bunga kantan
1/2 sudu serbuk kunyit

Cara membuatnya

Panaskan bahan kisar dgn sedikit air hingga mendidih. + ikan dan biar sekejap.
+ 2 mangkuk air + asam keping.

Biarkan mendidih dan sesuaikan rasa.