iklan

Lauterbrunnen

Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Sunday, 15 January 2017

Pau gebu...




Bahan-bahan :

500 gm tepung pau
1 cawan air
1/4 cawan minyak jagung
1/2 paket atau 2 sudu the yis
1 sudu susu pekat
1 sudu makan gula
1 sudu teh' garam
1 sudu teh' baking powder

Cara-cara :

1. campurkan semua bahan kecuali tepung, baking powder dan minyak, ke dalam mangkuk. Tunggu 5 minit hingga nampak yis berbuih.

2. Masukkan tepung dan baking powder dan start uli. Masukkan minyak.

3. Uli hingga adunan tidak lagi melekat di mangkuk. Uli dalam 15 minit. Tutup dan biarkan doh 20 minit.

4. Timbangkan doh dalam ukuran 45 - 60 gm, isikan inti dan letak pelapik.

5. Biarkan pau naik sedikit lagi. Jangan biar terlalu lama. Biarkan dalam 15 minit macam tu sahaja.

6. Sediakan kukusan dan kukus bila air telah mendidih. Kukus selama 10 minit sahaja.




Sunday, 1 January 2017

Donut gebu lembut...



Dapat resepi ni drp fb group Meroti Irfan... tq so much... byk perkongsian resepi secara percuma... Irfan pun ade buat kelas...

Saya hanya buat separuh adunan dan dpt dlm 9 ke 10 biji donut...

Bahan -bahan...

200 gm tpg roti
50 gm tpg gandum
5 gm yis
30 gm gula castor
25 gm shortening
13 gm telur
1 sdt garam

150 gm air petisejuk + 3 ke 4 ketul ais

Cara- cara

Saya guna BM...
Bhn kering di gaul rata.
Masukkan shortening. Gaul lagi.
Masukkan air ais dan uli hingga elastik....

Biarkan 10 minit... dan start mencetak... sy biar lg 10 minit, panaskan minyak dan goreng...




Sunday, 14 February 2016

Churros


Baru ada kesempatan nak cuba.....

Memang sedap rasanya, lemak2 rangup... yang ni versi malas, tabur gula icing je, takde dip coklat pun... mula-mula buat guna nozzle bintang, tapi yang ade saiznya kecik.... lambat benor nak habis.
Sudahnya tak payah nozzle, gunting je hujung piping bag....




Bahan-bahan :

2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 biji telur

2 cawan air
2 sudu butter
2 sudu gula pasir
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara :

1. Dalam periuk, panaskan minyak + garam + gula + butter hingga mendidih.

2. Ayak tepung dan baking powder, masukkan dalam periuk apabila air sudah mendidih, kacau segera. Atau masukkan sedikit demi sedikit sebab adunan mudah bergentel. Masak seketika dalam 2 - 3 minit lagi.

3. Tutup api.

4. Pecahkan telur dan kacau sebentar. Masukkan dalam adunan tepung tadi dan kacau segera.

5. Biarkan sebentar hingga agak sejuk sekejap sebelum dipaip dalam piping bag bentuk bintang terus ke dalam minyak yang dipanaskan.

6. Semasa mula paip adunan, kecilkan api. bila dah agak penuh kuali, baru letak api sederhana. Takut hangus semasa proses paip adunan.

7. Goreng hingga kekuningan. Saya makan dengan taburan gula icing sahaja.






















Sunday, 28 June 2015

Sira Labu dengan periuk Noxxa

Try buat sira labu guna Noxxa..., 3 minit sahaja dengan High Pressure..




Bahan-bahan :

1/2 biji labu saiz kecil dipotong 3

4 sudu gula merah

2 sudu gula putih

1/2 sudu teh garam

2 cawan air

Semua bahan masukkan dalam periuk dan setkan 3 minit untuk High Pressure.

Selepas 3 minit, jika masih banyak air, biarkan seminit untuk Stir N Fry, hingga kuahnya likat..



Roti Jala Kuah Durian





Kegemaran arwah ayah..., bila buat kuah durian, mesti kena makan dengan roti jala. Roti jala kaler putih je, bukan warna kuning yang macam kita makan dengan kari...

Bahan-bahan Kuah Durian :
(untuk di makan dengan 12 keping roti jala)

4 ulas durian yang agak tebal
1/2 biji kelapa dan ambil hampir 1 liter santan
6 sudu gula
1 helai daun pandan disimpul
1/2 sudu teh garam
1 sudu tepung gandum di bancuh dengan sedikit air

Cara-cara :

Campurkan durian, santan, gula, daun pandan dan garam ke dalam periuk dan dipanaskan.
Sentiasa dikacau untuk elak bertahi minyak. 

Bila dah mendidih, masukkan campuran tepung gandum dan dikacau lagi hingga betul2 masak.


Bahan-bahan Roti Jala
(10 - 12 keping)

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 sudu teh garam
1 sudu minyak

kacau sebati semua bahan dan ditapis.
Lihat kepekatan dan adjust jika perlu.
Saya menjala guna botol muncung 3 je. 

Lepas dah masak, boleh dilipat dan gulung...









Kuih Koci



Bahan-bahan doh : 
(dapat dalam 15 biji kuih)

2 cawan tepung pulut

2 sudu tepung gandum

1/2 sudu teh garam

2 cawan air daun pandan (blend dgn 5 helai daun pandan dan dapatkan 2 cawan air)

2 titik pewarna hijau

Daun pisang 8 x 10 inci yang dilayur

Bahan Inti :
(dapat banyak dan boleh dibuat kuih lain, kita hanya guna 1/4 sahaja daripada bahan inti yang dah siap nanti)

1 biji kelapa ( kalau dapat kelapa yang muda sikit lagi sedap)

8 sudu gula merah

4 sudu gula putih

2 helai daun pandan disimpul

1 cawan air

1/2 sudu teh garam

1 sudu tepung jagung

Cara membuat

Blend kelapa dengan air supaya inti nanti lebih halus.
Campurkan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak hingga agak kering.
Masukkan tepung jagung dan masak lagi hingga kering.


Ambil sejemput doh, isi kan initi yang telah dibulat2kan awal2 lagi. Tutupkan inti dan balut dalam daun pisang yang dilenser dengan minyak atau santan pekat.

Kukus 15 minit...
















Kuih Ketayap


Menu Kuih Berbuka Hari Pertama lagi..., tapi disebabkan malas sangat nak menulis....

Bahan-bahan :
(dapat dalam 10-12 biji kuih)

Bahan kulit :

1 1/2 cawan tepung gandum

1 biji telur

2 cawan air daun pandan(diblend 4 helai daun pandan bersama sedikit air, diperah dan dapatkan 2 cawan air)

1/2 sudu minyak masak

2 titik pewarna hijau

garam

Gaul semua bahan dan dadarkan menjadi lempeng yang nipis. Saya guna non stick pan, dan tak perlu lenser minyak lagi.


Bahan Inti :
(dapat banyak dan boleh dibuat kuih lain, untuk sukatan kulit ketayap ikut resepi atas, kita hanya guna 1/4 sahaja daripada bahan inti yang dah siap nanti)

1 biji kelapa ( kalau dapat kelapa yang muda sikit lagi sedap)

8 sudu gula merah

4 sudu gula putih

2 helai daun pandan disimpul

1 cawan air

1/2 sudu teh garam

1 sudu tepung jagung


Cara membuat

Blend kelapa dengan air supaya inti nanti lebih halus.
Campurkan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak hingga agak kering.
Masukkan tepung jagung dan masak lagi hingga kering.





Monday, 4 May 2015

Cream Puff...



Cerita petang semalam...

Teringin pulak nak makan Cream Puff..., resepi agak mudah tetapi cerewet masa nak bakar. Kalau tak cukup masak, puff akan mudah kecut dan turun. Kalau terlebih masak, rentung pulak nanti. So, kena pandai kawal suhu dan sesuaikan dengan oven masing2. Pengalaman membuat bbrp kali boleh adjust masa dan kepanasan oven.

Bahan-bahan :

2 cawan air
200 gm butter ( 1buku butter buang 2 sudu...)
2 cawan tepung gandum
8 biji telur
1 sudu teh garam
2 sudu gula

Cara-cara :

1. Panaskan air, gula, garam dan butter hingga mendidih.
2. Masukkan tepung dan dikacau hingga tepung kelihatan kering, lebih kurang 4- 5 minit.
3. Sejukkan sebentar dan masukkan dalam mixing bowl.
4. Putarkan adunan untuk keluarkan haba panas.
5. Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil diputar.
6. Paipkan adunan atas parchment paper atau hanya disudukan sahaja pun boleh.
7. Bakar dalam suhu 200 C selama 10-15 minit. Lihat, nanti pastri akan naik membulat...
8. Lepas itu, suhu perlu diturunkan hingga 140C dan bakar lagi hingga kuning dan keras. Kalau tak cukup keras, pastri akan jatuh mengecut...









Custard Filling

2 sudu tepung custard
2 sudu tepung gandum
1 cawan susu + 1 1/2 cawan air
8 sudu gula
esen vanilla
2 biji telur
2 sudu butter
pewarna kuning

Campurkan semua dan masak dengan api sederhana hingga likat.


Tuesday, 3 February 2015

Karipap Rangup...






Bahan-bahan :
untuk 25 - 28 biji


1/2 kg tepung gandum
50 gm tepung ubi
50 gm tepung beras

1/2 sudu gula
1 sudu teh garam
2 sudu marjerin + 1/4 cawan minyak dipanaskan
Air sejuk ( kuantiti agak2 hingga adunan membtk doh)
5  biji telur rebus keras dipotong 6




Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kering.

2. Campurkan minyak + marjerin yg dipanaskan.

3. Gaulkan rata dengan senduk kayu.

4. Bila dah boleh dipegang tepung, gaulkan dgn rata sehingga menjadi seperti serbuk roti.

5. Masukkan air sejuk dan digaulkan dan diuli hingga menjadi doh.

6. Rehatkan 20 minit.

7. Bulat2kan doh. Canaikan doh. Masukkan 1 sudu inti dan 1 potongan telur rebus. Cantumkan dan kelim

10. Goreng dalam minyak sederhana panas...

Thursday, 8 January 2015

Apam Susu



Sibuk kemain dgn Apam Susu di mana2..., so kena cuba lah jugak...
Rasanya, tidak lah begitu enak, tapi boleh lah sesekali buat utk makan petang2...
Sangat mudah, cepat shj boleh siap, dalam masa sejam dah boleh kalau tak sabar nak makan.

Resepi ambil drp blog Masam Manis... sy share sini ye...

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 cawan gula
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
1 sudu ovallette
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu tek baking powder
3 jenis pewarna

Cara-caranya

1. Panaskan kukusan dan sediakan loyang mengukus. Lapik loyang dengan kertas parchment supaya tak melekat.
2. Pukulkan telur, gula, ovalette dan esen hingga pekat dan putih dgn speed tinggi. 
3, Masukkan minyak jagung dan pukul sampai rata.
3. Masukkan tepung, gunakan speed yang paling rendah.
4, Bahagikan adunan kepada beberapa bhgn ikut bilangan warna yg disukai. Saya bahagi kepada 3 warna. Letakkan pewarna.
5. Ambil satu atau 2 sudu dan sudukan dalam loyang pembakar. Letak warna kedua dia atas warna pertama dan ulang proses yang sama hingga habis.

6. Kukus selama 30- 40 minit. Cucuk dengan lidi untuk pastikan dah masak.




 Sebelum kukus..., suku loyang je...

 Lepas masak, hampir penuh loyang....



 

Tiramisu guna telur...



Bahan-bahan :

4 biji kuning telur
1/2 cawan susu
3/4 cawan gula
250 gm cream cheese / mascarpone cheese
1 kotak kecik cream
2 paket biskut lady finger
sedikit serbuk koko
1 cawan air nescaffe tanpa gula

Cara-cara

1. Dalam periuk kecil, satukan kuning telur, susu dan gula. Panaskan dan sentiasa kacau hingga sedikit mendidih ( nampak ada buih di tepi periuk) dengan api yang sederhana. Sejukkan.

2. Gunakan mixer, pukul cream hingga pekat. Campurkan bahan (1), cream dan cheese. Pukul lagi hingga sebati.

Susun Tiramisu...







1) Sedia satu bekas.
2) Ambil biskut dan golekkan cepat2 dalam air nescafe, dan susun dalam bekas.
3) Letakkan separuh bahan cream tadi dan ratakan. Nak taburkan serbuk koko pun boleh.
4) Susun lagi 1 layer biskut yang di golek dalam air nescafe dan habiskan cream tadi dan rratakan.
5) Taburkan dgn serbuk koko.
6) Sejukkan dalam peti ais selama 1 - 2 jam sebelum makan.

Thursday, 18 December 2014

Popia Goreng n Homemade Sauce



Popia goreng ni mcm biasa sahaja resepinya...

Goreng sayur2 pilihan seperti kobis, carrot, cendawan, sengkuang, tauge dll yang disukai dengan bawang putih dan bawang besar, Perencahnya boleh letak udang yang dicincang. Jangan bubuh air masa masak, biar agak kering.

Lepas tu gulung dalam kulit popia dan goreng.

Sos Pencicah

15 biji lada merah dibuang biji
10 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1/2 cawan gula
3 - 4 sudu cuka
garam

Mesin hingga halus cili dan bawang putih.
Masukkan dalam periuk dan masukkan gula cuka dan garam.
Sesuaikan rasanya.
Masak hingga pekat.