iklan

Lauterbrunnen

Showing posts with label Pizza. Show all posts
Showing posts with label Pizza. Show all posts

Saturday, 30 July 2016

Pizza Lembut Overnight Dough


Resepi ni biasa je kot, tapi sebab simpan lama dalam peti ais, maka ia jadi sedikit berbeza daripada yang biasa aku try.

Pizza nya lebih lembut...

Bahan-bahan :

4 cawan tepung roti
1 1/2 cawan air suam
1 paket yis
1 sudu teh garam
3 sudu minyak zaitun
1 sudu gula

Cara-cara

Air + gula + yis. Biar hingga berbuih.
Masukkan tepung dan minyak zaitun, dan uli sebentar.

Bulatkan doh dan masukkan dalam bekas dan lumur sedikit minyak zaitun. Tutup dengan cling wrap. dan masuk kan dalam peti ais. Biarkan 24 jam atau beberapa jam. Aku just biarkan dalam 7 jam shj.

Bila kita ready untuk makan, keluarkan dough setengah jam awal.
Panaskan oven, suhu 200 C.
Doh dibahagi 2 dan ditepek menjadi bulat. Letakkan sos pizza, dan bahan lain seperti lada capsicum, bawang besar, nenas, ayam yang di masak dahulu, sosej dll.

Taburkan parmesan Cheese, dan bakar selama 15 minit.

Tuesday, 3 February 2015

Pizza...






Bahan-bahan Doh :
(utk 2 pizza saiz regular)

250 gm tepung
130 ml air suam + 1 sudu teh yis + 1/2 sudu gula
1 sudu teh garam
2 sudu minyak zaitun


1) Tepung + garam dan minyak zaitun.

2) Bila campuran yis sudah kelihatan berbuih di campurkan kepada tepung.
     Dikacau dan diuli hingga doh kelihatan halus.

3) Tutupkan doh dgn cling wrap dan biarkan 30 minit.

4) Bila dah mengembang, tumbukkan doh dan canaikan nipis. Letakkan atas dulang pembakar yg   
     disapu sedikit minyak.







5) Sapukan permukaan pizza dgn sos spagheti ( beli siap je...) dan taburkan bahan kesukaan seperti sosej, hirisan ayam yg dimasak sebentar, bawang potong bulat, lada capsicum, tomato dll dan akhir sekali tabur dgn parutan cheese.

Bakar dalam suhu 180 - 200 C selama 15 minit...

Friday, 26 July 2013

Pizza..



Malas sungguh nak masak sebenarnya hari ni... dah pukul 6 ptg apa pun tak mula lagi dan menu nak masak pun tak confirm lagi. Tiba2 plak teringat nak makan pizza. So, berpizza la kami berbuka hari ni.

Nasib la ada beberapa bahan yg boleh dibuat taburan. Cheese pun pakai cheddar je, so agak kurang nampak bertali...

Bahan-bahan Doh :
(utk pizza berdiameter 14 in)

250 gm tepung
130 ml air suam + 1 sudu teh yis + 1/2 sudu gula
1 sudu teh garam
2 sudu minyak zaitun

Tepung + garam dan minyak zaitun.
Bila campuran yis sudah kelihatan berbuih di campurkan kepada tepung.
Dikacau dan diuli hingga doh kelihatan halus.

Tutupkan doh dgn cling wrap dan biarkan 30 minit.

Bila dah mengembang, tumbukkan doh dan canaikan nipis. Letakkan atas dulang pembakar yg disapu sedikit minyak.
Sapu permukaan pizza dgn minyak zaitun dan dibakar dlm suhu 170 C selama 15 minit.

Selepas dibakar 15 minit, keluarkan drp oven dan sapukan permukaan pizza dgn sos spagheti ( beli siap je...) dan taburkan bahan kesukaan seperti sosej, hirisan ayam yg dimasak sebentar, bawang potong bulat, lada capsicum, tomato dll dan akhir sekali tabur dgn parutan cheese.

Bakar dalam suhu 180 - 200 C selama 10 minit...



Saturday, 17 November 2012

Pizza



alhamdulillah, resepi utk basenya nampak simple tapi pizza yg kita dapat gebu dan lembut..., tak macam pizza h** yg kami biasa makan, yg bila dah sejuk liat kemain. Pizza yg  dibuat ini, sampai esok pun basenya masih lembut dan tidak kering...

Bahan-bahan :

500 gm tepung gandum
2 sudu kecil yis
260 ml air suam
1 sudu gula
1 sudu kecil garam
4 sudu minyak masak

Cara-caranya :

Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam mixer. Putar sebati dan masukkan air. Jika perlu tambahkan sedikit lagi air. Biarkan ia menguli utk 10 minit dgn kelajuan yg perlahan sehingga doh kelihatan licin.

Tutupkan bekas dgn kain dan perapkan 1 jam.

Bila dah naik, tumbukkan doh utk buangkan angin dan dicanai.

Saya suka pizza yg rotinya nipis, so canailah ketebalannya ikut suka hati masing2.

 Loyang yg saya gunakan 14 in x 14 in.

Pembakaran Pizza

Oven dipanaskan suhu 200 C.
Doh yg siap dicanai diletakkan dalam loyang dan disapukan sedikit minyak dipermukaannya. Bakar 10 minit.

Dalam satu bekas ni saya buat 3 perasa...., 1/2 bhgn isi ayam, 1/4 isi tuna dan 1/4 lagi isi sambal sotong tengahari tadi...


Keluarkan drp oven dan sapukan keseluruhan permukaan dgn sos tomato utk pasta.
Kemudian bahan2 isi yg lain seperti isi ayam yg dimasak, tomato hiris, lada benggala, bawang, sosej dll.
Akhirnya tabur cheese.
Bakar lagi pada suhu 230 C selama 10 minit.



Friday, 25 November 2011

Pizza



Bahan-bahan :

100 gm tepung gandum
150 gm tepung superfine
7 gm yis serbuk
1 sudu gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu butter / marjerin
1/2 - 1 cawan air suam

 Topping :
Keju parut
bawang
cendawan butang
tomato puri
oregano
ayam dimasak dgn rempah atau apa sahaja
minyak 2 sudu
dan lain2 yg difikirkan

Cara-cara :

Bancuh yis dgn 1/2 cawan air suam, dan gula, biar sebentar sampai berbuih.
Masukkan tepung, butter dan garam.
Tambah kan air hingga menjadi doh yg melekat sedikit di tangan.
Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.

Canaikan doh bentuk bulat, letak atas pan pizza, dicucuk dgn garfu di permukaannya.
Sapukan minyak di permukaan pizza dan dibakar 5 - 10 minit dlm suhu 220 C
Keluarkan dan sapukan tomato puri, taburkan bahan2 lain dan diakhiri dgn keju.
Bakar lagi 10 minit.