iklan

Lauterbrunnen

Sunday, 20 November 2011

Steamboat


Buat steamboat DIY je lah, sebab nak makan kat kedai mcm mahal tak berbaloi la plak, RM 28 seorang. Buat sendiri, tak sampai RM 20 pun kos semua...

Resepi ni, bukanlah resepi Bonda. Resepi ni Kak Azura yg bagi, detailnya ikut tekak saya...
Yang paling penting sos dia, bahan2 lain ialah ball, sotong, udang, ayam hiris, ikan, sayuran, mee hoon dll ikut citarasa masing2.

Bahan-bahan Sos Steamboat :

10 - 15 biji cili padi
3 biji lada merah
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu cuka
2 sudu gula
2 sudu sos tiram
1 sudu minyak bijan

Cara membuat :
Mesin semua bahan dan dimasak atas api.
Masukkan minyak bijan dan sos tiram, masak lagi hingga pekat.





No comments:

Post a Comment