iklan

Lauterbrunnen

Saturday 28 July 2012

Ayam Penyet


Menu berbuka hari ke-8..., Nasi Ayam Penyet...

Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam potong 4
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 sudu ketumbar
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 hiris halia
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 sudu kecil rempah kari
garam
Minyak utk menggoreng
tepung beras

Cara-cara membuat :

Kesemua bahan rempah dan bawang dimesin kering.
Bahan tersebut diperap pada ayam dan kalau boleh dibiarkan beberapa jam sebelum dikukus.
Kukus ayam 20 minit.


Ambil sedikit tepung beras dilumur dikeseluruhan ayam dan digoreng dalam minyak yg banyak dan panas.
Goreng sebentar sahaja....


Sambal Ayam Penyet


3 biji lada merah dibuang biji
10 - 15 biji cili padi
1/2 biji bawang besar
1 biji tomato
2 biji limau kasturi
1 in belacan

Panaskan 2 sudu minyak, gorengkan cili, bawang dan tomato hingga layu.
Masukkan dalam blender bhgn kering + garam dan gula. Blend hingga hancur..., tak perlu terlalu halus.
+ air limau kasturi dan kacau.

No comments:

Post a Comment