iklan

Lauterbrunnen

Monday 23 July 2012

Kuih Cara Manis

Hari ini hari ke-3 berpuasa tahun 2012...

Kuih utk hari ini ialah Kuih Cara...

Resepi utk kuih ni saya pinjam drp Blog Mat Gebu, tapi saya ubahsuaikan sikit




Bahan-bahan :

2 cawan tepung
3 cawan santan + 5 helai daun pandan. (Daun pandan dipotong kecil dan diblend dgn kelapa dan dapatkan santan sebyk 3 cawan.
2 biji telur
3 sudu tepung beras
garam
pewarna hijau 2 titik
gula utk letak di atas kuih.

Cara-cara

Semua bahan dicampurkan dan dikacau sebati atau masukkan dalam blender dan blend hingga sebati.

Panaskan acuan atas api. Lenserkan sedikit minyak dan tuangkan adunan kuih hingga hampir penuh.
Masukkan 1/2 sudu teh gula utk setiap kuih.
Tutupkan acuan, dan gunakan api yg perlahan sahaja agar kuih masak serata dan gula didlmnya jadi cair.

1 comment: