iklan

Lauterbrunnen

Tuesday, 24 July 2012

Nasi Pilaf

Menu berbuka puasa hari ke-4, Nasi Pilaf, Rendang Ayam Pedas dan Acar timun dan Air Limau Pandan...

Resepi ini tercipta lepas melihat dan membandingkan beberapa resepi yang ada di internet. Nasi ni tidak menggunakan susu cair, bahan2 lain lebih kurang mcm nasi minyak je...



Bahan-bahan

3 cawan beras basmathi
4 cawan air

1 biji bawang besar dimayang
2 ulas bawang putih
1 in halia
1 helai daun pandan disimpul
1/4 buku butter
Rempah penumis - b lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih setiap satu.


Cara membuatnya :

Tumiskan rempah penumis dgn butter hingga wangi. Masukkan bawang dan daun pandan dan digoreng lagi hingga sedikit kekuningan.
Masukkan air dalam periuk nasi elektrik.
Masukkan bahan tumis ke dalam periuk dan masukkan beras serta garam.
Masak seperti biasa hingga nasi masak.


No comments:

Post a Comment