Oreo Cheese cake lagi.....
Kali ni buat utk pot luck kat sekolah esok. Insyaallah...
Kali ni buat dgn sukatan yg lebih sebab guna loyong yg lebih besar. Kali ni pakai loyang 9 in. Kek yg dapat pun lebih tebal banding sebelum ni...
Bahan-bahan :
Utk base
1 bungkus biskut Oreo (dlm 1 bungkusan ada 15 pasang biskut)
10 keping biskut marie
100 gm butter
Cara penyediaan base :
Biskut dipecah2 kan dan diblend halus. + butter yg dicairkan. Pastikan hingga boleh dikepal2.
Tepek dlm loyang yg telah di alas dgn parchment paper. Tekan2 kan dgn sudu.
Biarkan ditepi sebentar.
Utk Filling
750 gm cream cheese
1 cawan yogurt perisa asli
3/4 cawan gula halus
1 sudu esen vanila
5 biji telur
1 bungkus biskut Oreo (ada 15 pasang biskut) dipatahkan kasar2
Cara penyediaan :
Cream cheese dipukul hingga agak kembang. + gula dan sambung pukul.
+ yogurt, esen dan telur, pukul sebati.
Masukkan biskut oreo dan digaul.
Tuang dalam acuan tadi dan dibakar secara steam bath selama 50-60 minit suhu 170C.
Sejukkan dalam oven yg direnggang selama 1 jam.
No comments:
Post a Comment