iklan

Lauterbrunnen

Monday 28 January 2013

Donut




Untuk dimakan petang hari cuti...., tapi tak sampai petang separuh dah masuk perut....


 Bahan-bahan:

500 gm tepung
3 sudu marjerin
1 paket 11 gm yis
1 1/2 cawan air suam
3 sudu gula
1 sudu teh garam
3 sudu susu tepung
1 biji telur

Gula castor utk menyalut
Minyak utk menggoreng

Cara-cara :

Marjerin dipanaskan hingga cair.
Air + gula + yis dikacau dan dibiarkan berbuih.

Tepung + garam dan di + marjerin. Dikacau rata. Sya guna mixer utk menggaul.

+ air dan yis tadi. Biarkan diuli selama 5 minit hingga halus.


Acuan tak de..., guna gelas dan penutup je la....





Dah kembung2, baru digoreng...



Canaikan tepung. Tepung memang akan melekat2 di tangan. Taburkan tepung semasa mencanai. Terapkan dgn acuan donut atau dgn cara lain.

Biarkan sebentar hingga kelihatan sudah naik baru digoreng dlm minyak yg sederhana sahaja. Api jgn kuat supaya donut masak serata luar dan dalam.....


Kalau nak simpan lama, gorengkan sebentar sahaja setakat kuning2 cerah je...., sejukkan dan boleh difrozen...

No comments:

Post a Comment