iklan

Lauterbrunnen

Wednesday, 17 July 2013

Koleh Kacang





Menu berbuka hari ke-8..., Nasi Dagang dan Kuih Koleh Kacang.
Saya buat sikit je..., dapat dalam 16 ketul je...

 Bahan-bahan

125gm tepung kacang hijau brand Narayanan
1/2 cawan santan
1/2 cawan gula merah
3/4 cawan gula putih
1/2 sudu teh garam
2 1/2 cawan air
1/4 sudu butter

Lapisan Minyak
2 cawan santan
sedikit garam dan gula

Cara Membuat
1. Campurkan semua bahan dan dikoleh atas api yg sederhana hingga berkilat dan masak.
2. Tuang dan ratakan dalam loyang atau bekas yg dilapik dgn plastik.
3. Masakkan santan untuk dibuat tahi minyak, dan dicurahkan di atas kuih dalam loyang tadi.


 Masak Tahi Minyak...., masak sampai kekuningan...


Kuih yg dah siap dikoleh...

 Ditaburkan terus tahi minyak atas kuih...



Sejukkan dan baru dipotong...


No comments:

Post a Comment