iklan

Lauterbrunnen

Tuesday, 14 January 2014

Nasi Ayam Bakar...


Resepi nasi ayam yang biasa..., cuma kali ni ayamnya saya grill dalam pemanggang ajaib..., ayamnya jadi lembut dan tidak kering... sedappp...


Bahan-bahan :
(5 org makan)

1/2 ekor ayam potong dua atau potong kecil
2 ketul halia sebesar ibu jari
1 labu bawang putih
rempah penumis - kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang
2 sudu marjerin atau butter
kicap
sos tiram
cili padi
cili merah
2 biji tomato
1/2 biji timun

3 cawan beras basmathi
1 helai daun pandan disimpul.


Cara membuat :

1. Halia + bwg putih dimesin halus.

2. Rendamkan beras.

3. Air dipanaskan dalam periuk dan ditambah 1 sudu bhn mesin tadi. Bila air sudah mendidih, masukkan ayam dan direbus hingga masak (10 minit).

4. Panaskan marjerin / butter dan tumiskan bahan penumis dan 1 sudu bahan mesin hingga naik bau. Masukkan 4 1/4 cawan air dan garam. Masukkan sedikit kunyit serbuk jika hendakkan nasi berwarna kuning. Masak dlm rice cooker. Bila dah mendidih, baru masukkan beras dan masak seperti biasa. Bila dah hampir masak, masukkan sehelai daun pandan.

5. Ayam yg direbus diperap dgn 1 sudu bwg mesin tadi + garam + kicap dan sedikit sos tiram. Grillkan dalam pemanggang ajaib selama 15 minit dgn api sederhana kecil.

6. Sos Kicap : 2 mangkuk air sup + 1 sudu bwg mesin + sos tiram + kicap, di panaskan. + 1 sudu bancuhan tepung jagung dan dibiarkan agak pekat sedikit.

7. Sambal Cili : 3 biji cili merah dibunag biji + 10 biji cili padi + 1 biji tomato + 1 ulas bawang putih + 1 hiris kecil halia,  dimesin halus dan sesuaikan rasanya dgn menambah sedikit cuka / limau nipis, gula dan garam.

8. Sup : Air rebusan dipanaskan dan ditambahkan 1 sudu rempah sup dan disesuaikan rasanya.





No comments:

Post a Comment