Bahan-bahan :
2kg kerang direbus sebentar dan dibuang kulit
1/2 kilo santan atau 1 biji kelapa ambil santan pekat
1 sudu kerisik
daun kunyit
Bahan untuk dimesin
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 btg serai
1/2 in halia
1 in lengkuas
1/4 in kunyit
15 biji cili padi
Cara-caranya :
Masakkan santan bersama bahan mesin hingga pekat dan kering sedikit.
Lepas itu baru masukkan kerang dan kerisik, dan biarkan kering sedikit atau ikut yang digemari.
Sesuaikan rasa.
Taburkan hirisan daun kunyit.
No comments:
Post a Comment