Sambal Ayam Penyet :
Bahan-bahan :
10 biji cili padi
4 btg cili merah
1 biji tomato
2 sudu ikan bilis digoreng garing
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
sedikit gula merah
limau kasturi
Cara-cara :
1. Panas sedikit minyak dan goreng cili padi, cili merah, bawang besar, bawang putih dan tomato hingga layu.
2. Mesinkan ikan bilis hingga halus dan mesin pula bahan2 yang digoreng tadi.
3. Panaskan semua bahan yang telah dimesin dalam kuali dan tambah sedikit air jika perlu. Tambahkan gula merah dan garam.
4. Sebelum angkat perahkan asam limau dan sesuaikan rasa.
Ayam Penyet :
Bahan-bahan :
1 ekor ayam potong 4
Bahan utk di mesin
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 in halia
2 in lengkuas
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
secubit kunyit serbuk
Cara-caranya :
Bahan mesin diperap dgn ayam dan garam.
Panaskan sedikit air dan masukkan ayam dan biar hingga air kering dan ayam masak.
Bila ayam dah masak, panaskan minyak utk menggoreng.
Lumur ayam dengan sedikit tepung gandum/ tepung beras.
Goreng dgn kepanasan yg tinggi.
No comments:
Post a Comment