Banyak sebenarnya nak update... tapi malas sungguh nak mula...
Pagi ni saya buat Pau. Buat 1 kg tepung, dapat 50 biji saiz sederhana, simpan frozen. Lain kali nak kukus sahaja...
Resepi yang biasa saya buat tapi saya ubah sikit mengikut beberapa cara yang saya jumpa di blog masakan lain, seperti Jintanmanis yang menggunakan buttermilk...
Bahan-bahan :
A : 2 cawan air suam
6 sudu gula pasir
1 1/2 paket yis (16 gm )
B : 1 kg tepung pau
3 sudu kecil baking powder
buttermilk : buat drp 1 cawan susu + 1 sudu cuka
C : 1 sudu bread softener
2 sudu makan minyak sayuran/ jagung
1/2 cawan shortening / minyak jagung
Cara-cara :
1) Satukan bahan A dalam mangkuk adunan dan biarkan hingga yis naik kembang.
2) Bila dah kembang, masukkan Bahan B dan C di uli dikacau dan diuli perlahan hingga sebati. Guna mixer lagi mudah. Kalau guna tangan pun boleh.
3) Teruskan menguli hingga doh menjadi halus rupanya. 10 - 15 minit.
4) Tak perlu tunggu lama. Terus timbangkan doh kepada 30 gm (sederhana) atau 50gm (besar) setiap satu. Sambil tu panaskan kukusan.
Semasa baru start menimbang...
Selepas itu...., terus naik mengembang...
5) Ambil satu doh, leperkan dan letak inti. Cantumkan dan buat bulat2 dan lapik dengan kertas dibhgn bawahnya.
6) Tunggu sekejap, biar pau naik mengembang lagi.
7) Kukus menggunakan api yang besar selama 5 minit sahaja.
Bahan-bahan Inti Daging
5 biji kentang potong dadu halus.
500 gm daging cincang
2 biji bawang besar - 1 biji potong dadu halus, 1 bj lagi kisar dgn bawang putih dan halia
5 ulas bawang putih
sedikit halia
1 sudu rempah kurma
2 sudu rempah daging
sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
1) Tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan rempah, goreng sebentar.
2) Masukkan daging kisar dan gaul sebati. Masukkan kentang.
3) Masukkan sedikit air dan masak hingga kentang empuk dan tunggu hingga kering.
4) Sesuaikan rasa.
No comments:
Post a Comment