iklan

Lauterbrunnen

Sunday, 19 April 2015

Daging Salai Masak Kicap...Ni


Ni cerita ptg tadi...
Tengahari dah makan lauk Masak lemak cili api kat Kedai Mat Ayam Kampung Cyberjaya.

So ptg ni mcm x lalu dah masak,  Daging Salai masak lemak cili api. So kita masak kicap.
Tapi kurang umppphhh kata Aman. Sedap masak lemak lagi katanya...




Bahan-bahan :

Semangkuk daging salai dihiris nipis dan direbus dalam satu jam.
1 sudu cili mesin
1 biji Bawang besar di mayang
3 ulas bawang putih di mayang
1/2 in halia di hiris kasar
kicap
1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
rempah penumis.
1 biji bwg besar dipotong bulat
3 biji lada hijau dibelah dua.

Cara-cara :

1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hiris bersama halia dan rempah penumis hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan di masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan kicap dan daging serta air rebusan.
4. Biarkan sekejap hingga mesra dan kuah sedikit pekat.
5. Masukkan bawang besar dan lada hijau.
6. Sesuaikan rasa.


No comments:

Post a Comment