iklan

Lauterbrunnen

  • Renew Passport... - Ni update terkini...., hal-hal passport ni sentiasa berubah..., bagus juga perubahan demi menyenangkan pelanggan... Hari ni sempena cuti ganti untuk Deepa...
    1 day ago

Monday, 21 November 2011

Jejari udang/bilis


Bahan-bahan :

250 gm tepung gandum
2 sudu udang kering atau ikan bilis direndam
2 sudu cili kisar
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
1/2 camt jintan manis dan jintan putih ditumbuk
2 sudu telur  
3 sudu minyak dipanaskan
1 sudu garam
6 helai daun kari dihiris
1 cawan air

Cara membuat :
Panaskan 3 sudu minyak. Lepas panas terus masukkan ke dalam tepung dan digaul rata.
Masukkan telur dan bahan lain, ditambah air sedikit sedikit sehingga menjadi doh seperti membuat karipap.
Gunakan mesin mee dicanai leper dahulu, mula2 buat no 4, pastu gelek lagi hingga no 1 atau 2 dan menggunakan pemotong mee menjadi jalur panjang dan terus digoreng.


Mesin mee tak de, tp semangat nak buat jugak, so aku pakai penekan muruku....

4 comments:

  1. klau letak udang idop , thn lme x kuih tu??

    ReplyDelete
  2. Tak pastilah...., takut mcm tak cukup kering je..., tak pernah cuba plak buh udang idop...

    ReplyDelete
  3. klu sya gantikn dgn planta tuk minyak msak boleh x?

    ReplyDelete
  4. setahu saya kalau pakai minyak masak panas, ia akan jd lebih rangup berbanding kalau pakai planta..

    ReplyDelete