iklan

Lauterbrunnen

Wednesday, 18 September 2013

Croissant...







Teringin pulak nak buat sendiri croissant ni. Bila dok selak2 resepi kat internet, mcm leceh je nak buat. Yg jadi lecehnya sebab setiap kali kita roll dan lipat, kita kena simpan kejap dlm peti ais. Kita tak boleh biar butter dalam doh tu cair, sebab kita tak nak lapisan butter akan bergabung masuk dalam lapisan tepung.
Kita perlu canai dan lipat sebanyak 4 kali. Kalau sesetengah resepi siap kena overnight doh, sebelum kita btk kan croissant dan bakar. Lamanya baru buleh makan...

Disebabkan ini percubaan pertama, main redah je bahan apa yg ada..., ada setengah resepi guna tepung roti. Tapi saya pakai tepung gandum biasa je sebab tak de stok kat rumah... Butter pun dicdgkan pakai pure butter, tapi kat rumah cuma tinggal Buttercup je.



Next time, memang nak cuba lagi. Rasanya..., sedappp. Not bad la..., nampak gak lapis2 Croissant.... ;)





Bahan-bahan :

4 1/2 sudu teh yis
1/4 cawan gula
2 sudu teh garam
4 sudu makan butter dicairkan
2 cawan susu
5 cawan tepung gandum ( ada setengah resepi guna tepung roti- protein tinggi)

2 buku butter @ 500 gm.
1 biji telur - utk egg wash

Cara-cara :

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan telur, diuli hingga lembut. Pakai mixer pun boleh.
2. Bulatkan doh, tutup dgn plastik dan rehatkan hingga naik 2 kali ganda.
3. Sementara itu, kita sediakan kepingan butter. Butter di masukkan dalam plastik 4 segi dan dipukul dengan penggelek hingga leper. Bungkuskan elok2 dan simpan dalam peti sejuk supaya keras.



 Butter dibungkus 4 segi dan simpan dlm peti ais...


4.  Bila doh tepung dah naik, tumbukkan dan buangkan angin dlmnya. Canaikan btk 4 segi. Nanti kita akan letak kepingan butter tadi di atas doh yg telah dicanai dan doh tepung akan melipatnya menutupi butter itu.

5. Canaikan memanjang menjadi segiempat yg panjang. Lipatkan 3, balut dlm plastik dan simpan lg dalam peti ais selama 30 minit.

 Doh yg telah dilipat dan disejukkan, dan proses mencanai kali kedua hendak dilakukan ..., letak bhgn yg nampak lipatan, menghala ke kita dan kita akan canai memanjang lagi ke hadapan.....

Lipat 3 lagi, balut dan simpan. Buat kan kesemuanya 4 kali lipat...


Bila dah siap..., simpan semalaman..., tapi saya simpan sekejap je dlm peti ais.... tak sabo nak rasa...

Bila kita dah siap untuk membtk croissant, keluarkan lipatan doh tersebut, kita potong bahagikan dua. Simpan satu bhgn dalam peti ais sementara kita membuat bahagian yg satu lagi.

Canaikan nipis buatlah btk triangle dgn memotong menggunakan pisau.


Cara menggulung croissant...


 Potong sikit di bhgn bwh, start gulung drp bhgn yg kita potong tersebut dan gulung ke depan. Tarik sikit kedua hujung utk membentuk seperti udang...



 Rehatkan 30 minit atau hingga nampak croissant naik 2 kali ganda. Sapukan dgn telur di bhgn atasnya, bakar dalam suhu 160 C selama 30 minit...


1 comment:

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera,bagi menyediakan menu masakan yang menggunakan saffron/zaafaran,saya ada menjual saffron stigma. Untuk tempahan ,sila pm di www.facebook.com/zouksaffron atau sms 014-6245445

    ReplyDelete