iklan

Lauterbrunnen

Sunday, 27 April 2014

Ikan Pari Bakar Sambal



Bahan-bahan :

Ikan Pari di belah agar jadi nipis dan diperap dengan sedikit garam dan kunyit.

Bahan Sambal :

10 tangkai cili kering
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 in halia
1 in lengkuas
sedikit belacan
2 biji limau kasturi

Tumiskan bahan sambal dengan sedikit minyak. Masak hingga garing. Tambahkan 1/2 cawan air dan masak hingga pekat. Sesuaikan rasa garam dan gulanya.

Gunakan Pemanggang Ajaib. Panaskan pemanggang dan sapukan minyak.
Bakarkan ikan pari hingga separuh masak.
Lepas tu baru sapukan sambal dan masak lagi beberapa minit.
Lepas masak, perahkan limau kasturi..





No comments:

Post a Comment