3 hari lepas, jiran kami, Kak Bee menghantar kuih ni, sedap gak dah lama tak makan.
So, hari ni, kita pulak buat....
Resepinya, main campak2 je, tak ada sukatan....
Bahan Inti :
Bawang merah, bawang putih, rempah kari dan ayam / daging cincang.
Bahan Tepung :
Tepung Gandum, telur, susu, pewarna kuning, garam.
Bahan Tabur :
Inti daging, hirisan lada merah, daun sup, dan bawang goreng.
Cara Membuat
A : Buatkan bater : campurkan semua bahan tepung dgn air dan gaul sebati, kepekatan mcm tepung goreng pisang.
B : Bahan inti : tumiskan bawang hingga naik bau, masukkan rempah kari, kacau sebentar, masukkan daging dan sedikit air, masak hingga kering sedikit...
C : Panaskan acuan kuih cara, lenserkan sedikit minyak, masukkan 3/4 penuh shj, letakkan sedikit inti (byk lagi sedap...), daun bawang, hirisan cili dan bawang goreng. Tutup sebentar dan tunggu lebih kurang 3 minit atau sehingga masak.
No comments:
Post a Comment