iklan

Lauterbrunnen

Saturday 2 June 2012

Japanese Cotton Cheese Cake




Bahan-bahan dan cara membuatnya :

Sila buat ikut aturan A dulu, pastu baru B....

A : Penyediaan meringue


6 biji putih telur
140 gm gula castor
1 sudu kecil lemon

Pukul dgn kelajuan tinggi telur putih dulu sampai berbuih, pastu baru masukkan gula dan jus lemon.
Pukul hingga jadi meringue, iaitu hingga bertanduk atau kalau terbalikkan bekas, telur tak akan jatuh....

B :

250 gm cream cheese
50 gm butter
100 ml susu segar
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/2 sudu kecil garam
60 gm tepung kek
20 gm tepung jagung

Cairkan cream cheese, butter dan susu secara double boiler.
Pastukan semua bahan dan kacau sebati.


Campurkan A kepada B dan gaul dgn kaedah kaup balik.

Bakarkan dalam ketuhar secara steam bath, iaitu masukkan air dalam dulang pembakar dan letakkan acuan kek dalam air... Kalau takut air masuk, balutkan acuan tin dgn kertas aluminium....
Bakar 1 jam suhu 160 C.




No comments:

Post a Comment