iklan

Lauterbrunnen

Saturday 21 July 2012

Nasi Arab



Kalau cari nasi Arab kat internet macam2 version nasi arab yang kita akan jumpa. Drp apa yg saya lihat kebanyakan resepi nasi arab berbeza drp nasi beriyani ialah drp segi campuran susu cair. Nasi Arab tidak diletakkan susu cair.





Resepi ni, resepi campak version saya... Ini kali kedua saya try. Kata En Suami yg pertama buat lagi sedap....

Nasi Arab version saya ini, lauk ayamnya dimasak sekali dgn nasi. Di makan dgn sambal tomato dan salad sayur....

Bahan-bahan :

4 cawan beras basmathi
5 cawan air
1 sup bunjut
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 hiris halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
Ayam 1/2 ekor potong sederhana
sedikit saffron
15 bj lada hitam
minyak masak atau minyak zaitun atau butter utk menumis

Cara membuat :

1.  Beras direndam 15 minit.
2.  Kali pertama saya buat, saya bukakan balutan sup bunjut dan diblend sekali dgn bawang, jintan dan halia. Kali kedua ni, saya tak buka hanya blend bawang, jintan dan halia sahaja.
3.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai wangi.
4. Masukkan ayam dan dikacau sebentar hingga mesra. Tambahkan sedikit air jika perlu. Biar seketika hingga ayam setengah masak.
5. Transfer bahan tadi ke dalam rice cooker. Tambahkan 5 cawan air.
6. Bila bahan dalam rice cooker dah mengelegak, masukkan beras dan masak seperti biasa,
7. Bila air agak kering, taburkan saffron di atas nasi.
8. Teruskan masak hingga betul2 masak.

Sambal Tomato :

Ini version tekak melayu, so kena pedas sikit....

2 biji Tomato
10 biji cili padi
2 biji cili merah buang biji
1/2 biji lemon di perah jusnya
Gula dan garam

Cara membuatnya :

Blend semua dan disesuaikan rasanya....


No comments:

Post a Comment