iklan

Lauterbrunnen

Sunday 12 August 2012

Almond London


Hari ni, sempat buat 2 jenis kuih raya, 1 adunan tart nenas dan 2 adunan kuih Almond London..


Dah macam nak meniaga la pulak..., hehehe...


Resepi almond London ambik drp blog HaSue..., terima kasih kerana berkongsi resepi...

Bahan-bahan :

(boleh dapat lebih kurang 140 biji..)

250 gm butter
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan nestum dikisar
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula aising
1 bj kuning telor
Badam biji lebih kuran 150 biji dipanggang dalam oven hingga masak
1 cawan badam cincang utk tabur di atas kuih

Untuk Coklat Saduran

500 gm coklat compound
2 sudu minyak jagung
Mangkuk kertas warna hitam


Cara Membuat :

1.  Butter + gula dipukul sebentar sahaja dgn mixer. + telur.
2.  + bahan2 kering lain dan diuli sebati.
(Mak saya kata, kalau buat biskut tak perlu diadun beria sangat...)

3.  Diambil sejemput kecil doh, diisi dgn 1 biji badam dan dibtk memanjang. Jgn terlalu besar, cukup meyeliputi badam tersebut sahaja dgn doh yg nipis.

4.  Bakar dalam oven suhu 160 C hingga kekuningan lebih kurang 25 - 30 minit.

5.  Sejukkan dahulu baru disalut dgn coklat.

6.  Penyediaan Coklat : Secara double boil, coklat dicairkan + minyak jagung.

7.  Letakkan biskut yg telah sejuk ke dalam periuk berisi coklat tadi, gunakan penyepit diletakkan ke dalam mangkuk kertas. Tabur dgn badam cincang di atasnya. Kalau nak cepat beku coklatnya, simpan sebentar dalam 3 minit di dlm peti ais bhgn atas.




1 comment:

  1. Almond London ni rasa nya ada 2 medium yang akan buat ianya sedap
    1. Biskut yang didalam tu
    2. Kacang badam

    ps: letak badam sebijik lagi sedap makan ^_^

    ReplyDelete