iklan

Lauterbrunnen

Sunday, 7 July 2013

Fruit Tart



Teringin plak tekak nak makan tart buah... Resepi untuk kastard, guna Che Mat Gebu punya. Untuk crust, resepi drp Ita Masam Manis. Kalau rasa malas, beli kat kedai pun senang je crust tu, 24 biji dalam RM 7.

Crust

170 gm butter
50 gm gula icing
1 biji telur
290 gm tepung gandum
1/2 sudu esen vanilla

Pukul butter sebentar, + gula icing. + telur dan + tepung.
Gaulkan rata hingga jadi doh.
Balut dalam cling wrap dan simpan 30 minit dalam peti ais.

Ambil sedikit doh dan ditekan nipis dalam acuan.
Cucuk kan dgn garfu dan dibakar dalam suhu 170 C selama 10 minit.
Crust ini boleh disediakan awal dan disimpan dalam bekas kedap udara.

Custard Filling
(utk 25 biji tart kecil...)

2 cawan susu segar ( tapi saya pakai 1 tin susu cair...)
3 sudu besar tepung castard
3 sudu gula
2 sudu mentega
1 sudu teh esen vanila

Campurkan susu, tepung castard dan gula. Dikacau hingga tepung tidak bergentel dan dimasak hingga likat dan kental, dalam 10 - 15 minit.
Tutup api dan masukkan mentega dan vanilla. Kacau sebati dan biarkan sejuk.

Potong buah2 yg disukai dan yg ada dijual....(bukan senang nak cari buah2 mcm rasberri dan blueberry....)

Ambil sesudu kastard, diratakan dalam crust dan disusn buah2 diatasnya... Simpan sejuk baru di makan..., nyummy...

No comments:

Post a Comment