iklan

Lauterbrunnen

Monday, 22 October 2012

Pai Tee




Tiba-tiba teringin nak makan Pai Tee..., dok ngintai-ngintai resepi kat internet..., mcm2 version....

Try guna resepi drp satu blog ni..., tapi tak berapa menjadi pulak..., asyik melekat je, susah nak tanggal drp acuan... Mula2 mcm dah frust nak buat..., pas tu kuat kan semangat cari resepi yang lain. Kali kedua ni, bahan2nya sama mcm resepi mula2 tadi cuma kali kedua ni tak ada tepung jagung.
Tapi rujukan blognya dah hilang pulak, cari balik tak jumpa pulak blog yg saya tengok resepinya. Terima kasih kerana berkongsi resepi....

Kali kedua buat ni, senang je tanggal drp acuan, sampaikan tak menyempat2 nak tergelongsor keluar. Kalau cepat sgt menggelongsor sebelum kelongsong menjadi sedikit keras nanti btknya tak jadi bulat elok....

Celup acuan ke dalam tepung..., tapi jgn sampai melebihi drp acuan...



Celup dalam minyak panas...


 Goyangkan acuan dan tekankan sekejap acuan ke bhgn bwh periuk...., kalau susah nak keluarkan, tolak sedikit kelongsong dgn lidi.


Kelongsong yang dah siap..., simpan dalam bekas kedap udara....

Bahan-bahan :

60 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
1/2 biji telur
200 ml air
garam
sedikit kunyit utk beri warna kekuningan sedikit

Bancuhkan semua bahan dan sedia untuk digoreng....

Inti :

Sayur seperti carrot, sengkuang, timun...., disagat halus
1/2 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih dan 5 ekor udang di cincang halus.
Tumiskan bawang, masukkan udang dan sesuaikan rasa. Masak hingga agak kering, dan sejukkan sebentar.
Apabila sedia untuk makan, baru digaulkan sayur2 yg telah sisagat bersama  bhn yg dimasak tadi.

Sos Cili :

6 biji Cili merah, 5 biji cili padi, 2 ulas bawang putih, 1/2 sudu cuka makan, 4 sudu gula.
Masak dgn sedikit air hingga agak pekat.

Sos Kicap :

10 bj cili padi, 2 ulas bwg putih, kicap, cuka, gula dan kacang tanah (goreng tanpa minyak dan tumbuk)
Blend cili dan bwg putih, + cuka, gula dan kicap dan sesuaikan rasa. + kcg tanah.







14 comments: