iklan

Lauterbrunnen

Saturday 18 August 2012

Kek Gulung


Saya ambil resepi kek gulung ni drp blog CTDelima : http://www.sitidelima.com/2011/04/kek-gulung-kasih.html


Tapi saya ubahsuaikan sikit....

Utk resepi ini, kita akan dapat 4 kek gulung...

210 gm tepung ( sy pakai tepung Hong Kong)
3 sudu susu tepung
9 biji telur
3 sudu besar ovalette
150 gm gula castor
esen vanilla
180 ml minyak jagung
jem, saya letak jem blueberry

Cara membuat :

Semua bahan kecuali minyak disatukan dan diputar hingga putih dan pekat.
Lepas dah betul2 kembang, + minyak dan dikacau perlahan.

Adunan tersebut dibahagi kepada 4.

Untuk buat corak, ambilkan 2 sudu dan masukkan dalam plastik, + pewarna. Buatkan utk beberapa warna yg digemari.

Tuangkan dalam loyang bersaiz 8 x 10 in yg dilapik dgn parchment paper.

Bhgn atas dilorekkan dgn corak yg digemari dgn adunan berwarna tadi...

Dibakar dlm suhu 170 C hingga kekuningan di bhgn atas.

 Untuk mendapatkan corak di bhgn luar kek, buatkan corak kegemaran dibhgn atas sebelum dibakar.

 Lepas siap dibakar, dikeluarkan drp tin pembakar dan diterbalikkan. Sapukan jem dikeseluruhan permukaan dan di gulung...

Hasilnya selepas digulung..., simpan dalam peti sejuk utk memantapkan gulungan tersebut...


No comments:

Post a Comment