iklan

Lauterbrunnen

Friday 17 August 2012

Roti Jala Kuantiti Yang Banyak

10 Ogos 2012, tiba giliran saya membawa moreh utk Masjid....

Fikir punya fikir nak buat roti jala..., guna resepi sebelum ni..., tapi utk kuantiti 250 gm tepung....

Saya rancang nak buat 2 kg tepung, so bhn2 lain mcm susu cair dah jadi 3 tin lebih, telur dah jadi 16 biji..., mcm tak begitu sesuai pulak utk kuantiti yang banyak..., so saya ubahsuaikan sikit resepinya dan rasanya masih lagi sedap tetapi mungkin kurang sedikit drp resepi yang pertama....

Bahan-bahan

1 kg tepung gandum
1.5 liter air
2 cawan susu cair
3 biji telur
10 sudu mentega cair
garam
sedikit pewarna kuning

Cara Membuat :

Campurkan semua bahan dan tapis. Tapis ni sgt penting sebab kalau tak asyik tersumbat je botol pengisi adunan..., tersekat2 roti jala nanti...


No comments:

Post a Comment