iklan

Lauterbrunnen

Saturday 18 August 2012

Ketupat

Ketupat yg dah siap masak..., direbus selama 4 jam....

Hari ni sibuk buat persiapan utk raya esok. Rendang dan ketupat atas dapur..., sambil2 mengupdate blog....

Tahun ni, kali pertama aku pandai2 sendiri membeli daun ketupat, menganyam, mengisi beras dan akhirnya memasak. Ini merupakan aidilfitri kedua tanpa mak. Tahun lepas raya, mak baru sahaja tiada dan kami beraya di Terengganu... 

Tahun2 sebelum ni, yg jadi master plan ialah mak. Kami adik beradik ikut aje dan tolong mak masak sehingga selesai semuanya. Kalau zaman mak dan ayah ada dulu, mak masak macam2 lauk utk raya. Rendang aje wajib 2 jenis, iaitu rendang ayam dan rendang daging. Lauk lain seperti kari atau kurma ayam, kuah kacang, lodeh atau sambal goreng. Ketupat daun kelapa adalah wajib ada, tak main lah nasi2 impit ni...., pastu mak akan buat ketupat palas. Kami akan mula memasak drp lepas sahur sehinggalah siap dalam pukul 2 petang. Fuhhh..., penat tau memasak macam2 masakan, tapi sebab kami 3 beradik dan mak buat sama-sama, jadi benda yg berat mcm tu dapat kami settle dgn baik....

Sambal goreng yg paling best sekali. Dalamnya ada mcm2, mak selalu bubuh daging, paru, hati, tempe, kentang, tauhu yg kesemuanya dipotong dadu kecil dan digoreng. Pastu sambalnya pulak ada cili mesin, bawang, serai dan santan, serta sedikit kicap dan cili api yg dipotong...

Tahun ni, disebabkan mak dah tak ada, suasana raya menjadi sgt berbeza. Utk tidak melupakan tradisi membuat ketupat, tahun ni aku buat sendiri ketupat.... 

Inilah hasilnya ketupat yg aku anyam....



Lepas dah siap, kita kena isi beras. Berasnya perlu dicuci bersih dan aku ikut cara mak buat iaitu, basuh beras awal2 dan biarkannya kering supaya senang hendak memasukkan beras ke dalam sarung ketupat. Tapi disebabkan selama ni mak jadi master plan nya, maka aku tak pernah la nak mengingat berapa kuantiti beras yg patut dibasuh utk sebilangan ketupat. Aku main basuh dan isikan ke dalam sarung, tetapi tak cukup, so kenalah basul lagi dan tunggu sebentar supaya agak kering sedikit. Aku jemur dekat luar atas kereta...

Untuk rujukan lain kali nak isi ketupat, aku sertakan di sini ukuran kasar kuantiti beras....

30 biji ketupat saiz sederhana = 10 cawan beras

Ketupat yg sedang direbus lagi....


No comments:

Post a Comment