iklan

Lauterbrunnen

Thursday 25 October 2012

Russian Black and White Cake



Teringin nak rasa kek yg popular sekarang ni. Asal usul namanya tidak lah diketahui, samada betul drp Rusia atau ada makna lain di sebalik namanya itu...

Kek ni kalau makan banyak agak muak sebab terlalu kaya dgn coklat dan cream cheese.

Sumber resepi drp blog : http://juicycafe.blogspot.com/2011/10/russian-black-white-cakes.html

Nak buatnya, tak lah leceh sgt mcm kek Coklat Indulgence. Tapi rasanya bukan feveret saya la..., sebab muak...., tak boleh makan banyak...



Bahan-bahan untuk kek:

A    1 cawan air panas
       1/2 cawan gula
       1 cawan serbuk koko
       1/2 cawan susu cair

4 biji telur
2 cawan gula perang
250 gm butter
2 cawan tepung
2 sudu kecil baking powder

Cara membuat :

1. Bahan A di campurkan dan dikacau hingga gula larut dan koko sebati. Biarkan sebentar.
2. Putar gula dan butter hingga kembang. + telur.
3. Masukkan tepung dan diselang selikan dgn Bahan A.
4. Bakar dalam loyang 8 in, selama 1 jam dalam suhu 170 C. Bakar secara steambath.

Bahan-bahan untuk Cream Cheese (putih)

400 gm cream cheese
60 gm gula icing
1 sudu nescafe
50 ml whipping cream

Campurkan semua dan dipukul hingga lembut.
Masukkan dalam piping bag.


Bahan-bahan untuk coklat ganache (coklat)

400 gm coklat compound
50 ml whipping cream.

Panaskan sekejap cream. Tutup api dan masukkan coklat yang dipotong kecil2. Kacau hingga coklat cair dan sebati. Masukkan dalam piping bag.


Cara menyusun kek.

Kek dibelah empat.
Ambil lapisan pertama. Paipkan cream yang putih dibahagian tgh. Paipkan cream coklat di keliling bhgn putih. Teruskan buat bentuk lingkaran tersebut hingga habis semua permukaan.
Letak lapisan kedua dan buat lagi. Teruskan dgn lapisan ketiga dan paipkan cream mcm tadi juga.



Letak lapisan keempat dan sapu keseluruhan permukaan kek dgn cream putih. Ratakan dan simpan dalam peti ais sebentar.

Sementara itu, buatkan ganache utk keseluruhan kek. Cream coklat tadi, sekiranya agak kental tambahkan whipping cream yg dipanaskan sedikit dan dicampur dgn lebihan cream coklat tadi.

Siramkan di permukaan kek tadi dan biarkan ganche turun dgn sendiri dan sejukkan. Sedia utk dihias....


No comments:

Post a Comment