Bahan-bahan :
Mee Kuning
Telur
Sayur2 spt carrot, kobis bunga, jagung dsb
cili padi, bawang putih dan bawang merah
Perencah seperti ayam, telur atau sotong
tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
serbuk lada putih
Cara-caranya :
Untuk setiap biji telur, kita boleh buat dalam segenggam mee. Pecahkan telur dan + mee. Letak sedikit garam. Gaulkan rata.
Panaskan sedikit 1 senduk minyak, gorengkan mee bersama telur tadi dgn api yg agak kuat.
Mee yang dah siap digoreng dgn telur...
Penyediaan Kuah
Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. + cili padi yg dipecah2 kan, + perencah. Kacau sebentar.
+ sedikit air, biarkan mendidih sekejap, + sayur. Last sekali masukkan tepung jagung.
Letakkan kuah di atas mee tadi. Hiaskan dan sedia utk di makan dgn cili hijau jeruk...
No comments:
Post a Comment