Bahan-bahan :
1 ekor ayam potong 4
Bahan utk di mesin
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 in halia
2 in lengkuas
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
secubit kunyit serbuk
Cara-caranya :
Bahan mesin diperap dgn ayam dan garam.
Panaskan air dlm periuk. bila dah mendidih, masukkan ayam dan renehkan sehingga ayam masak. Kalau ada periuk tekanan, lagi baik.
Bila ayam dah masak, panaskan minyak utk menggoreng. Goreng dgn kepanasan yg tinggi.
Lebihan air rebusan ayam tadi di tambah dgn air dan dididihkan. Sesuaikan rasa utk dijadikan sup.
No comments:
Post a Comment