iklan

Lauterbrunnen

Monday, 28 January 2013

Laksam








(10 pinggan)
Bahan-bahan Untuk Kuah:

5 ekor ikan Selayang direbus dgn garam dan asam keping
1 biji bawanag besar
3 ulas bawang putih
2 in halia
1 sudu kecil lada hitam
1/2 kg santan
2 keping asam jawa

Cara-cara :

Ikan dikopek isi + bawang + halia + lada hitam dimesin halus.
+ santan + asam keping dan dimasak dgn api sederhana hingga masak.
Perisakan dgn gula dan garam.

Bahan-bahan untuk Laksam


3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air
garam




Bancuhkan dan kukus 3 senduk kecil (anggaran) dlm tudung periuk yg disapu sedikit minyak.
Kukus dalam 1-2 minit.
Angkat dan biarkan 2 minit baru digulung.

Bahan-bahan ulam

Timun, Kacang Panjang, Tauge, Daun Kesom dan Bunga Kantan
Sambal belacan - 3 biji cili merah + 10 biji cili padi + gula + garam + sedikit belacan.















No comments:

Post a Comment